Showing posts with label Khutbah. Show all posts
Showing posts with label Khutbah. Show all posts

Thursday, June 24, 2010

Paksarela..

BISMILLAH

25 JUN 2010



Antara perkara yang perlu ada ketika khutbah adalah pesanan ataupun peringatan kepada jemaah masjid supaya sentiasa takut kepada ALLAH.

Kebiasaannya ia diungkapkan melalui perkataan arab 'ittaqullah' bermaksud takutlah kepada ALLAH.

Mesej yang jelas diberikan oleh tuan Khatib bahawa pesanan ini seharusnya difahami oleh setiap jemaah yang hadir supaya mereka kembali rasa takut kepada ALLAH.

Jadi bagi memudahkan mesej ini difahami oleh jemaah, ia boleh disampaikan dalam mana-mana bahasa selagi ia difahami oleh seisi jemaah.

Dalam khutbah kali ini, tuan Khatib menyampaikan sepotong hadith berkenaan kisah Abdullah Amru dengan Rasulullah s.a.w.

Mafhum hadith:-

Suatu hari Abdullah Amru membandingkan amalannya dengan para sahabat yang telah dijamin syurga. Walaupun para sahabat ini telah dijanjikan syurga pada ketika itu namun amal soleh mereka masih tetap meningkat dari hari ke sehari.

Maka Abdullah Amru berhasrat untuk meningkatkan amal solehnya agar dapat membantunya di akhirat kelak. Maka beliau berhajat untuk berpuasa pada setiap hari.

Maka cerita ini sampai kepada pengetahuan Rasulullah s.a.w. Maka Rasulullah pun bertanya kepada Abdullah Amru mengenai berita tersebut.

Setelah pertemuan itu, maka Rasulullah s.a.w pun bersabda bahawa amal soleh dalam Islam bukanlah bersifat penyiksaan dan ia lebih berdasarkan kemampuan seseorang itu.

Maka Rasulullah s.a.w mencadangkan Abdullah Amru untuk berpuasa 3 hari di setiap bulan. Tapi kemudian Abdullah mengatakan dia mampu untuk berbuat lebih daripada itu.

Maka Rasulullah s.a.w mencadangkan supaya beliau berpuasa sehari berbuka 2 hari. Sekali lagi Abdullah Amru mengatakan bahawa beliau mampu untuk berbuat lebih daripada itu.

Maka Rasulullah s.a.w mencadangkan supaya Abdullah Amru mengikut syariat Nabi Daud a.s supaya berpuasa sehari kemudian berbuka sehari.

Sekali lagi Abdullah Amru berkata bahawa dia mampu untuk berbuat lebih daripada itu. Dan kemudian Rasulullah s.a.w bersabda "Tidak ada puasa yang lebih hebat daripada puasa nabi Daud a.s"

Pada usia Abdullah Amru yang tua beliau berkata bahawa alangkah mudahnya jika dia menuruti puasa yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w sewaktu dia muda dahulu kerana pada usia ini beliau sudah tidak larat untuk mengikut puasa nabi Daud a.s.

Kemudian tuan Khatib berpesan supaya datang ke masjid seawal yang mungkin pada hari jumaat. Beliau juga menegaskan beberapa larangan ketika khutbah pada hari jumaat.

Antaranya ialah memegang atau melangkah bahu jemaah lain untuk ke saf yang hadapan. Hal ini kerana akan menganggu fokus jemaah lain yang sedang khusuk mendengar khutbah.

Kemudian beliau berpesan lagi bahawa Rasulullah s.a.w bersabda supaya memendekkan waktu khutbah dan memanjangkan waktu solat.

*
Sedap betul jambu kt depan masjid tu..
*Boleh tk kalo kita paksa diri kita beramal?

WALLAHU'ALAM

Sunday, June 13, 2010

Muflis

BISMILLAH

11 JUN 2010



Sidang jumaat pada hari ini diperingatkan oleh tuan khatib agar sentiasa menjaga niat dalam melakukan sesuatu amal kebaikan.

Hal ini kerana beliau khuatir jika sesuatu amalan tersebut dilakukan walaupun ia baik disisi Islam namun mungkin akan ditolak oleh Allah s.w.t berdasarkan beberapa perkara.

Antaranya ialah sifat ujub dalam diri. Ujub merupakan satu sifat dalaman yang tidak diketahui oleh orang lain. Ia lebih berbentuk monolog dalaman atau kata hati seseorang.

Perhalusilah setiap amalan agar tidak dicemari oleh sifat ujub. Tuan khatib berpesan lagi agar menjauhi sifat tersebut supaya tidak kecewa ketika di akhirat kelak kerana amal ditolak oleh Allah s.w.t.

Begitupun, masih perlu diingatkan bahawa untuk seseorang itu masuk ke syurga Allah s.w.t, bukanlah semata melalui amal soleh yang dilakukan di dunia.

Malah sebenarnya setiap makhluk yang dikurniakan syurga adalah disebabkan oleh rahmat atau keredhaan Allah s.w.t ke atas makhluknya.

Carilah keredhaan Allah melalui amal soleh dan amal jariah. Hapuskan perasaan ujub dengan cara memulakan setiap perkara dengan BISMILLAH dan diakhiri dengan istighfar dan lafaz syukur.

Mafhum hadith:

Rasulullah bertanya kepada sahabat,

"Tahukah kamu siapakah golongan yang muflis?"

Sahabat menjawab,

"Orang muflis adalah orang yang kehabisan hartanya"

Rasulullah menjawab,

"Orang yang muflis adalah orang yang berbuat amal soleh yang banyak, tetapi ketika di akhirat amalnya diambil oleh orang-orang yang dianiayainya sewaktu di dunia dulu sehingga habis segala amal solehnya"

Dalam menjaga hubungan dengan Allah jangan lupa jaga hubungan dengan makhluk lain. Takut-takut nanti jadi golongan muflis.

*Nak muflis ke mukhlis..

WALLAHUA'LAM

Friday, July 10, 2009

Dunya

BISMILLAH

Diriwayatkan oleh
Abu Hurairah r.a

Rasullullah s.a.w bersabda, mafhumnya " Ingatlah bahawa DUNIA itu dilaknat dan apa yang ada setiap padanya juga dilaknat melainkan zikrullah dan juga orang yang a'lim"

Namun ia tidak bermakna dunia harus ditinggalkan demi mengejar akhirat sahaja. Firman ALLAH s.w.t dalam surah al-Qasas:77

"Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan ALLAH kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bagianmu di dunia..."

Dunia yang dikatakan laknat apabila sesuatu perkara itu dibuat menyebabkan manusia lalai daripada mengingati ALLAH.

Tidak salah untuk kita mengejar bagian kita di dunia. Namun awas jika ia menyebabkan kita terlalai daripada mengingati ALLAH s.w.t

Dan apa yang lebih baik itu adalah Zikrullah dan juga golongan a'lim iaitu golongan yang berilmu, bukan sekadar mempunyai pengetahuan luas malah turut mempraktikkannya.

Diriwayatkan oleh Tirmidzi;

Rasulullah s.a.w bersabda "Orang yang hatinya suka mencari ilmu tidak akan dilaknat oleh ALLAH"

Dalam hadith yang lain;

Rasulullah s.a.w bersabda "Tuntutlah ilmu sejak dari kecil lagi sehingga ke liang lahad"

Begitu tinggi martabat orang yang suka mencari ilmu dan mempraktikkan ilmu yang dimiliki.

Ada empat golongan level yang sering dikaitkan dengan ilmu, yang utama ialah golongan yang mengajar.

Golongan ini suka untuk menyampaikan walaupun sedikit ilmu yang ada pada dirinya kerana pada dasarnya seseorang yang mempunyai ilmu WAJIB untuk menyampaikannya pada orang lain.

Golongan yang kedua ialah golongan yang belajar. Golongan ini serius dalam menuntut ilmu.

Golongan ketiga ialah golongan yang mendengar. Mereka biasanya suka menghadiri ceramah2 namun tidak akan menyalin apa yang disampaikan. Walaupun begitu, mereka ini adalah lebih baik daripada golongan yang keempat.

Golongan keempat ini tidak langsung mengambil kisah untuk mencari ilmu. Mereka suka meletakkan diri mereka dalam zon selesa. Kebiasaannya mereka adalah jenis yang suka berhibur.

*Kita dimana?
*Jom ILMU..

Saturday, May 9, 2009

The Bosnian..

BISMILLAH

8 MAY 2009

"I am very honoured to deliver the khutbah today at the IIUM" said the khatib from the Bosnia..

The khutbah was very great.. He talk about the very basic fundamental things that we, Muslim have to strive(improve) for..

There are four of them.

1.The Knowledge
2.The Morality
3.The Brotherhood
4.The Continuity of the past legacy(Islamic civilization)

He also said that he and muslim people around the world are hoping to us the muslim community at the IIUM to be among of the ummah that would contribute in the proccess of ISLAM to conquer the world again.

We could be among of them, so..hurry up.. let us gain knowledge as much as we can, improve our morality and behaviour, let us strengthen the bond of ukhuwah, and finally continue all of the efforts from the past legacy..

*My poor english..sory yaa

WALLAHU'ALAM


Saturday, April 18, 2009

H.A.T.I

17 APRIL 2009 (Khutbah Jumaat)

Hati merupakan organ penting yang mempengaruhi keseluruhan tubuh badan. Hati juga merupakan nikmat kurniaan ALLAH yang agung.


Di akhirat kelak, hati akan menjadi tempat penilaian bagi ALLAH s.w.t bagi setiap amal yang telah dilakukan.


Segala niat bagi sesuatu amal akan bermula dari hati, jika ikhlas hatinya maka barulah dikatakan akan mendapat pahala.


Oleh sebab itu hati perlu dijaga pada setiap masa agar tidak mati. Hal ini kerana apabila hati mati, ia akan memberi kesan buruk kepada anggota badan dan seterusnya merosakkan sesuatu masyarakat.

Hukum menjaga hati adalah wajib, apabila tidak dijaga dengan sering melakukan dosa maka hati akan menjadi hitam.

Rasulullah s.a.w bersabda “Barangsiapa yang melakukan dosa maka akan timbullah satu titik hitam pada hatinya tetapi apabila mereka bertaubat maka titik hitam tadi akan terhakis”

ALLAH s.w.t berfirman “Sekali-kali tidak! Bahkan apa yang mereka kerjakan itu telah menutupi hati mereka” (al-Mutaffifin:14)


Apabila titik hitam bertambah, hati akan menjadi kotor. Oleh sebab itu kebanyakan golongan intelektual zaman sekarang tidak mampu untuk mengamalkan segala ilmu yang telah dipelajari.


Firman ALLAH s.w.t “Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga(hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada ALLAH. Dan ALLAH tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan” (al-Baqarah:74)

Betapa keras dan degilnya hati manusia yang sudah hitam. Secara tidak langsung membunuh sanubari seseorang itu dan akan menghitamkan seluruh kehidupannya.


Kegagalan untuk bertanggungjawab menjaga hati daripada mati akan dipersoalkan oleh ALLAH di akhirat kelak.

ALLAH memberi peringatan dalam firmannya “Maka apakah orang-orang yang dibukakan hatinya oleh ALLAH untuk (menerima) agama islam lalu dia mendapat cahaya dari tuhannya (sama dengan orang yang hatinya membatu)? Maka celakalah mereka yang hatinya telah membatu untuk mengingat ALLAH. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata”
(az-Zumar:22)

Hati akan menjadi hitam apabila tidak diberikan santapan rohani yang berkesan. Zikrullah, membaca dan menghafal al-Quran, dan bermuhasabah adalah santapan rohani yang paling berkesan dalam menjaga hati.

Firman ALLAH s.w.t “(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat ALLAH. Ingatlah, hanya dengan mengingat ALLAH hati menjadi tenteram” (ar-Ra’d:28)

Syeikh Ibrahim Adham menggariskan 10 kriteria manusia yang hatinya mati:

1. Orang mengaku kenal ALLAH s.w.t tetapi tidak berusaha untuk menambah amalnya.

2. Orang yang mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w tetapi tidak menghidupkan dan mengamalkan sunnahnya.

3. Orang yang membaca al-Quran tetapi tidak mengamalkan hukum-hukum di dalamnya.

4. Orang yang ‘makan’ nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH s.w.t tetapi tidak pernah bersyukur dengan nikmat tersebut.

5. Orang yang mengakui bahawa syaitan itu adalah musuh mereka namun tidak melawan segala ajakan dan hasutan syaitan.

6. Orang yang mengakui kewujudan syurga namun tidak berusaha untuk mengejar ganjaran syurga.

7. Orang yang mengakui kewujudan neraka namun tidak berusaha untuk melepaskan diri daripada cengkaman neraka.

8. Orang yang mengetahui pasal alam kematian namun tidak mengambil iktibar daripadanya.

9. Orang yang sibuk membuka aib orang lain namun tidak pernah menjaga keaibannya sendiri.

10. Orang yang sering mengiring jenazah ke tanah perkuburan tetapi tidak pernah mengambil pengajaran walaupun sedikit.


Syeikh ibni ayatollah (kalo salah btolkan..khatib cakap laju sangat) menggariskan 3 perkara yang akan menyebabkan hati seseorang itu mati:

1. Cintakan dunia dan takut mati(tidak bersedia jika nyawa ditarik)
2. Lalai daripada mengingati ALLAH dan Rasul.
3. Makan yang berlebihan

Diceritakan suatu kisah mengenai Sayyidina Ali dan isterinya Fatimah. Pada suatu hari dikala mereka hanya memiliki 3 biji tamar untuk dijadikan bekalan makanan pada hari itu.

Mereka telah didatangi oleh golongan fakir miskin sebanyak tiga kali. Maka bekalan makanan pada hari itu telahpun diberikan kepada golongan fakir dan habis tanpa sempat mereka menjamah walaupun sedikit.

Pada penghujung harinya Sayyidina Ali mengucapkan alhamdulillah, maka Fatimah sedikit terkejut dengan tingkah laku suaminya. Dan bertanya kenapa? Maka Ali menjawab “Tetamu Rasulullah s.a.w telahpun datang ke rumah kita pada hari ini”

Ya kelaparan merupakan tetamu Rasulullah s.a.w. Hal ini kerana Rasulullah s.a.w tidak pernah tidur dalam keadaan perutnya yang kenyang. Bagaimanakah umatnya pada hari ni yang tidur dalam kekenyangan sedangkan amal hariannya masih lagi terumbang-ambing.

Tiga cara yang digariskan untuk memelihara hati daripada mati:

1. Sentiasa bersedia menghadapi kematian dengan beramal seikhlas dan sedaya mungkin
2. Sentiasa memujuk hati untuk mengingati ALLAH dalam apa jua keadaan sekalipun.
3. Bergaul dengan golongan alim ulama’ dan jadikan mereka sebagai rujukan selain daripada Quran dan sunnah.

Sahabat-sahabat sekalian marilah kita sama-sama berusaha untuk memelihara hati ini daripada terjerumus ke lembah hitam.

*Hati kita berbentuk ape ek?
*Aargh..lpas ni tkleh makan banyak lagi..huh..

Wallahua'lam

Friday, April 10, 2009

Nak beli Iman?

BISMILLAH

10 APRIL 09 (Khutbah Jumaat)

Sabda Rasulullah s.a.w “Perbaharuilah iman kamu”. Ya iman yang dikurniakan oleh ALLAH s.w.t sentiasa turun dan naik. Jika tidak diperbaharui maka iman tersebut akan sentiasa terumbang ambing.



Maka sebagai insan yang tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan kecil. Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk meningkatkan keimanan. Mengikut ahli kitab sunnah wal jamaah. Antara cara-cara untuk meningkatkan keimanan adalah:


1.Mengetahui dan memahami 99 nama ALLAH s.w.t:


Mafhum hadith “Ada 99 nama ALLAH kesemuanya, barangsiapa yang mengetahuinya maka dia akan masuk ke dalam syurga”

Berdasarkan hadith tersebut, manusia bukanlah hanya setakat mampu menyebut dan mengingati 99 nama tersebut, malah seharusnya lebih maklum untuk memahami setiap erti dan maksud nama-nama tersebut.

Setelah memahami nama ALLAH maka perlulah setiap orang itu untuk melaksanakan tuntutan ke atasnya.

Setiap hari paling tidak, manusia kebiasaannya akan menyebut 2 daripada 99 nama tersebut iaitu Ar-rahman dan Ar-rahim.

Ar-rahman bermaksud pemurah. ALLAH bersifat pemurah terhadap semua makhluknya sama ada manusia ataupun haiwan. ALLAH berikan rezeki kepada setiap dari mereka.

Mengikut ahli kitab sunnah wal jamaah, jika nikmat di dunia yang ALLAH kurniakan kepada setiap makhluknya di dunia ini akan memberikan sedikit kebaikan kepadanya di akhirat kelak. Maka PASTI ALLAH tidak akan mengurniakannya kepada hambanya yang kufur dan ingkar terhadapnya.

Begitu jelas perbezaan antara orang muslim dan kafir. Yang mana nikmat yang ALLAH kurniakan kepada orang kafir di dunia hanyalah nikmat yang tidak menguntungkan mereka semasa di akhirat kelak manakala bagi yang beragama Islam mereka akan menerima kedua-dua nikmat sama ada untung mahupun tidak untung.

2.Mengambil tahu tentang perihal dan perilaku Nabi Muhammad s.a.w serta sirah tentang baginda:

Sebagai manusia yang mengaku sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w, seharusnya setiap yang berkaitan dengan baginda sama ada dari segi komunikasi, pergaulan, pemakaian, sahabat-sahabatnya, amalannya, serta sunnahnya menjadi sesuatu yang lazim diamalkan dalam kehidupan seharian.

Malah dengan mempelajari dan mengambil tahu sirah tentang baginda juga sedikit sebanyak akan dapat meningkatkan keimanan kepada ALLAH s.w.t.
Seterusnya disebarkan ke seluruh alam.

3.Membaca al-quran:

Mafhum hadith “Akan ramai dalam kalangan umatku yang membaca al-quran namun al-quran masih melaknat mereka”

Mengikut ahli kitab sunnah wal jamaah, membaca al-quran bukanlah hanya setakat dengan bacaan yang memenuhi hukum tajwid.

Namun yang lebih utamanya adalah dengan mentadabbur(fahami maksud), serta mengamalkan setiap arahan, hukum dan pengajaran yang didapati daripadanya.

Tiga cara di atas adalah sebahagian daripada cara-cara untuk meningkatkan keimanan terhadap ALLAH s.w.t. Dan dari iman inilah maka akan datang amal ibadah dan amal jariah.

Mafhum hadith “Apabila seseorang memasuki ke alam barzakh, maka hanya akan ada 3 benda sahaja yang membantunya amal jariah, ilmu yang bermanfaat, dan doa anak yang soleh”

Oleh sebab itu marilah kita bersama berusaha dalam beramal kerana ia akan membantu kita kelak semasa berada di alam barzakh dan juga hari akhirat.

*Time solat tertinggal kunci kat motor..naseb bek tade orang amek kesempatan^^

Wallahua'lam

Monday, April 6, 2009

Gaya Hidup Sihat

BISMILLAH

3 April 09 (Khutbah Jumaat)

Dalam Islam kesejahteraan terbahagi kepada aspek fizikal dan aspek rohani. Kedua-dua aspek ini perlu di'SEIMBANG'kan.

Pemakanan yang berlebihan akan menyebabkan seseorang itu menghidapi penyakit kencing yang manis..

Di Malaysia berdasarkan statistik dekat jutaan lebih yang menghidapi penyakit tersebut..

Pengambilan makanan perlu diambil secara bersederhana..firman ALLAH s.w.t..

“Wahai anak cucu Adam! Pakailah pakaianmu yang bagus pada setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, tetapi jangan berlebihan. Sungguh, ALLAH tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan" (Al-A’raf 7:31)


Dalam menuju ke arah gaya hidup yang sihat, bersukan amat digalakkan. Saidina Umar al-khatab sangat2 menggalakkan umat Islam bersukan secara jasmani melalui sukan seperti berenang memanah, dan menuggang kuda.

Selain itu wudhu’ juga dikatakan salah satu cara untuk meningkatkan kesihatan. Apabila seseorang berwudhu’ maka secara tidak langsung dapat menghilangkan kuman-kuman yang terdapat pada anggota badan.

Tambahan pula solat juga telah dibuktikan sebagai salah satu cara penjagaan kesihatan. Melalui kajian yang dijalankan, solat dapat memberikan ketenangan emosi serta merendahkan tekanan hormon jika dilaksanakan dengan khusyu’ dan sempurna..

Maka wudhu’ sekali lagi memainkan peranan yang penting bagi seseorang yang ingin mendapatkan kekhusyu’kan dalam solat.

Ini menjadikan manusia tidak perlu lagi taksub dengan pakej penjagaan kesihatan yang lain dan cukup sekadar yang tidak berlebihan.

Berpuasa juga secara saintifiknya juga telah dibuktikan amat diperlukan dalam penjagaan kesihatan. Khususnya untuk merehatkan anggota-anggota dalaman yang terlibat dalam proses penghadaman.

Persekitaran yang bersih juga perlu diusahakan bagi menjamin gaya hidup yang sihat. Sampah perlulah dibuang ke dalam tong sampah. Dan tidak dibiarkan bertebaran.

Mafhum hadith:-


“Dan janganlah kamu buang air kecil di suatu kawasan dan kemudian mengambil wudhu di kawasan yang sama”

Tidak dilupakan dalam kita beriadah atau bersukan. Perlu ada batas-batas yang perlu dijaga supya tidak melanggar hukum syarak.

Sebagai contoh, silat gerak kilat, seni tahan badan al-maunnah dan yoga yg telahpun diwartakan haram oleh JAKIM.

Dalam kita menyertai sesuatu unit beruniform ataupun kelab-kelab pastikan tidak terpesong akidahnya serta tiada mengandungi pergerakan2 yang seakan-akan seperti pemujaan.

Dua konsep yang perlu ditekankan dan diamalkan dalam merealisasikan gaya hidup yang sihat ialah

1.Mencegah sebelum kena
2.Bersederhana dalam pemakanan.


*Jom ramai-ramai puasa
*Dengar citer ade nak buat team netball..nk join..=D.





Friday, March 27, 2009

Khutbah Jumaat

BISMILLAH

27 mac 09

Umat Islam perlu bersatu untuk mengulangi kembali zaman kegemilangan daulah islamiyah.

Perkara yang ditekankan oleh Rasulullah S.A.W dalam pembentukan daulah islamiyah ialah ikhwan. Kesatuan daripada semua pihak dan kaum. Ukhuwah menjadi akarnya.

Belakangan ini, kebanyakan umat Islam dilihat berpecah-belah. Semangat untuk memperjuangkan Islam tidak lagi menjadi asas perjuangan. Sehinggakan mereka lebih taksub kepada parti politik masing².

Ulama Dr.Yusoff Al-Qardhawi dalam ucapannya mengatakan, seharusnya perkara ini bukanlah menjadi topik utama ketika ini. Umat Islam harus berpikir dan berbincang tentang kekuatan mereka yang mana makin hari semakin lemah.

Kesatuan umat Islam di seluruh dunia yang amat goyah menjadikan agama Islam pada hari ini tidak lagi dipandang mulia malah diperkotak-katikkan. Politik, ekonomi, sosial, kebudayaan, ilmu, dan lain² sama sekali tidak akan berjaya 'diislamikkan' selagi mana kesatuan dalam kalangan umat Islam tidak dibaik pulih.

Zaman para sahabat seharusnya dijadikan sebagai contoh dalam mengejar daulah islamiyah ini.

Pada saat ketika suku kaum Aus dan Khazraj telah bersatu di Madinah setelah sekian lama bercakaran. Wujudnya kerisauan pada golongan kafir terutamanya Shash ibnu Qaish.

Shash berpendapat bahawa jika perkara ini berterusan maka Islam akan terus mekar dan akan menggugat mereka. Maka Shash bertindak untuk memecahbelahkan kembali suku Aus dan Khazraj.

Maka Shash telah membuat provakasi kepada salah satu suku tersebut. Akibatnya hubungan di antara suku² tersebut hampir retak.

Mereka kembali bermusuhan dan mengambil keputusan ingin berperang kembali seperti masa lampau. Maka mereka masing² berarak menuju ke medan peperangan dengan masing² membawa senjata dan melaungkan slogan masing².

Apabila berita ini sampai ke pengetahuan Rasulullah S.A.W, baginda dan beberapa orang muhajirin segera ke tempat kejadian.

Sesampai sahaja di sana maka Baginda terus bersabda mafhumnya(lebih kurang)..

"Takutlah kamu semua kepada ALLAH, adakah ini balasannya setelah apa yg ALLAH telah berikan? Kamu semua telah diselamatkan dari jurang api neraka dan sekarang kamu semu ingin kembali kepada jurang tersebut"

Maka apabila mereka mendengar sabda baginda, mereka kembali sedar bahawa mereka hampir ditipu oleh syaitan.

Setelah itu perselisihan faham antara suku tersebut berjaya diselesaikan. Semoga kita sesekali tidak akan ditipu oleh syaitan seperti ini.

*Sedikit perkongsian bagi sape² yg terlepas khutbah jumaat juga untuk kaum hawa..

Wallahua'lam