Friday, March 27, 2009

Khutbah Jumaat

BISMILLAH

27 mac 09

Umat Islam perlu bersatu untuk mengulangi kembali zaman kegemilangan daulah islamiyah.

Perkara yang ditekankan oleh Rasulullah S.A.W dalam pembentukan daulah islamiyah ialah ikhwan. Kesatuan daripada semua pihak dan kaum. Ukhuwah menjadi akarnya.

Belakangan ini, kebanyakan umat Islam dilihat berpecah-belah. Semangat untuk memperjuangkan Islam tidak lagi menjadi asas perjuangan. Sehinggakan mereka lebih taksub kepada parti politik masing².

Ulama Dr.Yusoff Al-Qardhawi dalam ucapannya mengatakan, seharusnya perkara ini bukanlah menjadi topik utama ketika ini. Umat Islam harus berpikir dan berbincang tentang kekuatan mereka yang mana makin hari semakin lemah.

Kesatuan umat Islam di seluruh dunia yang amat goyah menjadikan agama Islam pada hari ini tidak lagi dipandang mulia malah diperkotak-katikkan. Politik, ekonomi, sosial, kebudayaan, ilmu, dan lain² sama sekali tidak akan berjaya 'diislamikkan' selagi mana kesatuan dalam kalangan umat Islam tidak dibaik pulih.

Zaman para sahabat seharusnya dijadikan sebagai contoh dalam mengejar daulah islamiyah ini.

Pada saat ketika suku kaum Aus dan Khazraj telah bersatu di Madinah setelah sekian lama bercakaran. Wujudnya kerisauan pada golongan kafir terutamanya Shash ibnu Qaish.

Shash berpendapat bahawa jika perkara ini berterusan maka Islam akan terus mekar dan akan menggugat mereka. Maka Shash bertindak untuk memecahbelahkan kembali suku Aus dan Khazraj.

Maka Shash telah membuat provakasi kepada salah satu suku tersebut. Akibatnya hubungan di antara suku² tersebut hampir retak.

Mereka kembali bermusuhan dan mengambil keputusan ingin berperang kembali seperti masa lampau. Maka mereka masing² berarak menuju ke medan peperangan dengan masing² membawa senjata dan melaungkan slogan masing².

Apabila berita ini sampai ke pengetahuan Rasulullah S.A.W, baginda dan beberapa orang muhajirin segera ke tempat kejadian.

Sesampai sahaja di sana maka Baginda terus bersabda mafhumnya(lebih kurang)..

"Takutlah kamu semua kepada ALLAH, adakah ini balasannya setelah apa yg ALLAH telah berikan? Kamu semua telah diselamatkan dari jurang api neraka dan sekarang kamu semu ingin kembali kepada jurang tersebut"

Maka apabila mereka mendengar sabda baginda, mereka kembali sedar bahawa mereka hampir ditipu oleh syaitan.

Setelah itu perselisihan faham antara suku tersebut berjaya diselesaikan. Semoga kita sesekali tidak akan ditipu oleh syaitan seperti ini.

*Sedikit perkongsian bagi sape² yg terlepas khutbah jumaat juga untuk kaum hawa..

Wallahua'lam

2 comments:

keretasorong said...

u ar a good listener...huhuhu :)

Anonymous said...

anda telah ditag!!!
sila buat cepat!!!
jgn ingat bleh lari ek..=)