Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Saturday, October 24, 2009

Pusing-pusing

BISMILLAH

Secara tiba-tiba pagi tadi rasa nk pusing UIA..aik? selama ni takkan tk pernah pusing..

Bukan..kali ni dengan menggunakan kedua-dua belah kaki..maka ekspedisi pon bermula tepat pada pukul 7.30 pagi..

Lepas selesai stretching semua..trusla memulakan larian rakyat itu..oops ujian pertama datang.."oit jomla makan nasi lemak"..geng2 'eksiden' mengapi-apikan kemahuan..


Aderh..sedap gak tuu..nasib bek kete tu dh penuh, kalo tk mesti join skali g mkn nasi lemak kt sg.pusu...

So teruskan larian saja..sampai di hadapan bangunan KAed..jantung belah kanan mcm dh bocor...memang igt dh nk benti..tapi sebab mental tu agak bersedia..tak benti lgsung..

Dekat 4 kali gak datang cadangan supaya benti, tapi alhamdulillah semua dugaan itu dapat diatasi menggunakan kekua
tan mental..

Dan akhirnya sampai jua kembali di tempat permulaan tadi..elapsed time untuk larian tadi bernilai 27minit..

Ape truk sgt..? Hmm inilah kesan orang yang sudah lama tidak melakukan aktiviti cergas.hoho.Mmg tak larat..tapi berkat kesabaran berjaya gak pusing tanpa benti langsung..


Anda bagaimana? sudah kah pusing kampus masing2? Belum cuba belum tahu..
Nak cakap senang memangla senang..haha..

Firman ALLAH s.w.t dalam surah ar-rad..
"..Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka yang mengubahnya sendiri.."

Nak tunggu apa lagi..marilah berlari..



*sigh of relief..
*semoga next tym beroleh kekuatan itu lagi..

WALLAHUA'LAM

Monday, August 10, 2009

Poso..

BISMILLAH

Alhamdulillah..bulan ramadhan dh nak dekat..jom ramei2..buat persediaan untuk menghadapi bulan ini..dh bole start trening bace quran balik..mne taw dh berkarat ker..hmm..hidupkan qiamullail..nnti dh msuk ramadhan senangla nk amal..

1. Hmm..nanti tym ramadhan jgn lupe plak nk bersahur..banyak hikmah tuu..

*Hazrat ibnu’Umar r.anhuma berkata bhw Rasulullah s.a.w telah bersabda”ALLAH dan para malaikatNya menurunkan rahmat ke atas orang yang bersahur.”

2. Hmm..puasa nanti puasa betol2 jgn men2..rugi jerh..

*Rasulullah s.a.w bersabda ”Ramai daripada kalangan orang yang berpuasa yang tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang yang beribadat pada waktu malam yang tidak mendapat apa-apa daripadanya kecuali berjaga malam.” Hadith riwayat Abu hurairah r.a

*Abu Ubaidah r.a berkata beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Puasa adalah perisai, selama dia tidak memecahkannya.”

*Dalam satu riwayat yang lain, seseorang telah bertanya, “Wahai Rasulullah! Apakah perkara-perkara yang merosakkan puasa? Baginda menjawab, “Berbohong dan mengumpat”...

3.Adek-adek..haa curi makan..jangan ponteng puase yerk..

*Abu Hurairah r.a meriwayatkan bhw Rasulullah s.a.w telah bersabda,”Sesiapa yang tidak berpuasa sehari daripada Ramadhan tanpa keuzuran atau sakit, dia tidak akan dapat mengqada’kan puasa itu walaupun dia berpuasa seumur hidup, walaupun dia berkemampuan untuk melakukan sedemikian”

-Hadith di atas tidak bermaksud bahawa, puasa qada’ tadi tidak diterima, Cuma keberkatan berpuasa dalam bulan Ramadhan tidak akan sesekali diperoleh..

4.Perkara-perkara yang diperintah oleh Rasulullah s.a.w untuk diperbanyakkan pada bulan ini secara khusus..

*Kalimah Toyyibah(Laa ilaha illallah)

*Istighfar

*Doa meminta syurga

*Doa minta perlindungan dari neraka


WALLAHUA’LAM

Wednesday, April 15, 2009

Mari jadi pelupa..

Ada banyak perkara yang kita tak boleh nak lupakan. Kita tak lupa ibu bapa, kita ingat harta benda dan antara yang kita tak lupa ialah kebaikan yang pernah kita lakukan.

Malah, sesetengah daripada kita apabila berjumpa orang yang pernah kita berjasa, kita teringat jasa kita.

Kalau itu yang kita teringat , kita akan sentiasa banyak mengungkit dan dan mungkin nanti akan ada banyak halangan dalam berhubung sesama manusia.

Mari kita dengar pesanan Luqman al-Hakim kepada anaknya.

Pesannya: “Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupakan kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang”

Mari perhalusi pesanan Luqman tadi:

1.Mengingati segala kebaikan yang dilakukan orang lain kepada kita.

-Apabila kita ingat kebaikan orang, kita akan berasa kekurangan kebaikan yang kita lakukan kepada orang lain dan kita akan berusaha melakukan kebaikan.

2.Mengingati segala kejahatan yang kita lakukan.

-Ini supaya kita tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan kita terhadap orang lain.

3.Lupakan kebaikan yang pernah kita lakukan.

-Apa-apa kebaikan yang pernah kita lakukan hendaklah kita lupakan, kerana ALLAH sahaja yang dapat menilai apa yang kita buat.

-Ditakuti nanti apabila kita sentiasa ingat akan kebaikan yang kita lakukan, menyebabkan syaitan akan memaut hati kita dan membisikkan supaya mengungkit kebaikan yang pernah dilakukan.

-Orang yang mengungkit kebaikan yang dilakukan menyebabkan amalan berkenaan menjadi sia-sia dan tidak bernilai di sisi ALLAH.

-Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud “Orang yang mengungkit kebaikannya sama seperti daun kering yang dijilat api.”

-Betapa ruginya amalan perbuatan terbabit. Habis begitu sahaja hanya dengan sekali ungkitan.

4.Lupakan kejahatan yang pernah dilakukan orang terhadap kita.

-Sebagai manusia, memanglah susah untuk kita melupakan kejahatan yang pernah dilakukan orang terhadap kita.

-Bagaimanapun, agama kita menuntut supaya melupakan kejahatan mereka. Kita perlu melawan supaya kita boleh lupakan kejahatan orang lain.

-Apabila kita melupakan kejahatan dan kesalahan orang lain, kita dapat membantu dan menolong mereka dengan melakukan kebaikan.

-Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud “Orang yang baik ialah orang yang berbuat baik kepada orang yang membuat baik kepadanya dan membuat baik kepada orang yang membuat jahat terhadapnya”

Lupakan kejahatan orang terhadap kita. Tiada guna mengingati kejahatan dan kesalahan orang kerana ia boleh merosakkan akal serta kebahagiaan hidup kita, malah menjadikan hidup kita tidak ceria.

Marilah kita sama-sama mengikhlaskan diri dalam segala tindakan tanpa mengingati dan mengungkit kebaikan yang dilakukan supaya mendapat keredaan ALLAH serta kebahagiaan dunia mahupun akhirat.

*Nak ungkit pon tk lepas..kebaikan sket sgt..hukhuk..
*Jom jadi baek..

Monday, February 23, 2009

Baitul Muslim

BISMILLAH

Haa..mesti ramai jd semangat bl bce tajuk di ats..haha..Actually..mgkin lmbat lg kot..sbb melihatkan pd keadaan sekarang tk mampu rasenye..

Kene ade persediaan yang betul² rapi..kalo tak tk thn beb..aargh..tggalkan dulu bab nih..

Yang sebenarnya jus nk btaw yang sekarang nih UIA tgh mggu EXAM..so ape lg terus kuatkan semangat msg²..jgn terpedaya dgn tipu daya syaitan..bykkan tawakkal..

Yang tkde terlibat dgn EXAM tuh..doa²kan kami yang tgh berjuang nih..semoga ALLAH beri balasan yg setimpal dgn usaha msg²..yelar kalo buku pon tk bce..siap bley lepak² tk nmpak lgsung ulangkaji takkan nk ALLAH nk bg result gmpak kot..

And bagi yang terlibat..maybe bley bykkan doa dan tahajud..mintak kt ALLAH supaya permudah urusan dan perjalanan pd hari peperiksaan..kalo terlupa something selawat byk² kay..

Akhir kalam..DOA²kan kami supaya terus diberi taufiq untuk terus bersemangat mengulangkaji..semoga ALLAH memberkati segala usaha yang dilakukan..

Soryla kat sesape yg bc post nih sbb tjuknye..haha..sj jer nk tarek perhatian..

ALLAHUAKBAR..