Wednesday, August 24, 2011

Lustamers

BISMILLAH

قَدِمْتُمْ خَيْرَ مَقْدَمٍ قَدِمْتُمْ مِنْ جِهَادِ الأَصْغَرِ إِلَى جِهَادِ الأَكْبَرِ ” . قِيلَ : وَمَا جِهَادُ الأَكْبَرِ ؟ , قَالَ : ” مُجَاهَدَةُ الْعَبْدِ هَوَاهُ

Maksudnya: “Kamu semua telah datang daripada tempat yang sebaik-baiknya. Kamu telah datang daripada jihad kecil menuju jihad yang lebih besar.” Dikatakan: “Apa jihad lebih besar itu?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Seseorang hamba mujahadah melawan hawa nafsunya”.

Ianya diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi dalam Az-Zuhd Al-Kabir (no: 383), Imam Al-Khatib Al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad (15:685) dan Imam Ibn Al-Jauzi dalam Zam Al-Hawa (no: 118).

Jihad perang adalah lebih kecil berbanding jihad melawan nafsu. Lebih kurang begitulah maksudnya. Kita lihat logiknya.

Bayangkan anda di medan perang sedang berhadapan dengan musuh, jika musuh dapat anda tumbangkan dengan membunuhnya. Sudah tentu mustahil baginya untuk bangkit semula.

Lain pula bagi nafsu. Jika hari ini anda dapat menundukkan nafsu anda, belum pasti esok hari anda dapat menundukkan nafsu tersebut.

Ya, jika hari ini anda beriman belum tentu esoknya anda beriman. Sama juga jika hari ini anda beragama Islam belum tentu esoknya anda beragama Islam.

Maka sentiasalah berwaspada dengan hawa nafsu anda. Jika anda tertewas dengan teruk ketika di bulan Ramadhan ini maka di bulan-bulan lain anda pasti tertewas dengan lebih dahsyat.

* Let us tame our lust with fasting..

*Allahumma ballighna Lailatul Qadr

WALLAHUA'LAM