Monday, August 10, 2009

Poso..

BISMILLAH

Alhamdulillah..bulan ramadhan dh nak dekat..jom ramei2..buat persediaan untuk menghadapi bulan ini..dh bole start trening bace quran balik..mne taw dh berkarat ker..hmm..hidupkan qiamullail..nnti dh msuk ramadhan senangla nk amal..

1. Hmm..nanti tym ramadhan jgn lupe plak nk bersahur..banyak hikmah tuu..

*Hazrat ibnu’Umar r.anhuma berkata bhw Rasulullah s.a.w telah bersabda”ALLAH dan para malaikatNya menurunkan rahmat ke atas orang yang bersahur.”

2. Hmm..puasa nanti puasa betol2 jgn men2..rugi jerh..

*Rasulullah s.a.w bersabda ”Ramai daripada kalangan orang yang berpuasa yang tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang yang beribadat pada waktu malam yang tidak mendapat apa-apa daripadanya kecuali berjaga malam.” Hadith riwayat Abu hurairah r.a

*Abu Ubaidah r.a berkata beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Puasa adalah perisai, selama dia tidak memecahkannya.”

*Dalam satu riwayat yang lain, seseorang telah bertanya, “Wahai Rasulullah! Apakah perkara-perkara yang merosakkan puasa? Baginda menjawab, “Berbohong dan mengumpat”...

3.Adek-adek..haa curi makan..jangan ponteng puase yerk..

*Abu Hurairah r.a meriwayatkan bhw Rasulullah s.a.w telah bersabda,”Sesiapa yang tidak berpuasa sehari daripada Ramadhan tanpa keuzuran atau sakit, dia tidak akan dapat mengqada’kan puasa itu walaupun dia berpuasa seumur hidup, walaupun dia berkemampuan untuk melakukan sedemikian”

-Hadith di atas tidak bermaksud bahawa, puasa qada’ tadi tidak diterima, Cuma keberkatan berpuasa dalam bulan Ramadhan tidak akan sesekali diperoleh..

4.Perkara-perkara yang diperintah oleh Rasulullah s.a.w untuk diperbanyakkan pada bulan ini secara khusus..

*Kalimah Toyyibah(Laa ilaha illallah)

*Istighfar

*Doa meminta syurga

*Doa minta perlindungan dari neraka


WALLAHUA’LAM

No comments: