Tuesday, November 1, 2011

Luas Pengetahuan

BISMILLAH

Assalamualaikum kepada semua. Alhamdulillah, kita kini di bulan Zulhijjah, bulan dimana manusia serata dunia mengerjakan ibadah haji, jadi marilah sama-sama kita menyelami maksud ibadah haji iaitu mendekatkan diri ataupun taqarrub kepada Allah s.w.t. Agar kita menjadi umat Islam yang bertaqwa kepada Allah.

Setiap manusia diberikan masa yang sama setiap hari iaitu 24 jam. Namun yang menjadi perbezaannya ialah bagaimana setiap manusia itu memanfaatkan masa mereka masing-masing. Dalam konteks sebagai seorang mahasiswa, seharusnya kebanyakan masa kita akan dihabiskan untuk menuntut ilmu.

Secara amnya ilmu dan pengetahuan didefinisikan dengan pelbagai maksud. Namun, apa yang ingin diperkatakan pada hari ini adalah mengenai ilmu ataupun pengetahuan asas bagi sesuatu perkara. Contohnya, bagaimanakah terciptanya air hujan? Selepas melalui pelbagai proses saintifik maka akhirnya dengan izin Allah ia turun ke bumi sebagai air hujan.

Allah s.w.t berfirman dalam al-Quran, “..apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?..”. Mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai perkara akan memberikan kelebihan kepada seseorang itu, malah ia juga mampu memberi manfaat kepada orang disekeliling.

Sebagai contoh, lazimnya seseorang yang berilmu itu mampu untuk membezakan sesuatu perkara itu benar ataupun salah dan kemudian menyampaikannya kepada orang disekelilingnya. Oleh sebab itu, sebagai mahasiswa kita harus menjadi orang yang berpengetahuan luas.

Hari ini kita lihat masalah-masalah yang timbul adalah disebabkan salah satunya kerana masyarakat kita yang kurang ilmu pengetahuannya. Apabila ilmu di dada hanya sebutir pasir, manakan mampu untuk melawan ombak di pantai. Maka apabila gejala-gejala yang kurang sihat datang bertamu, kita tidak mampu untuk melawannya daripada tersemai dalam masyarakat kita.

Sebagai mahasiswa ataupun lebih khususnya mahasiswa muslim, marilah kita menambah dan meluaskan ilmu pengetahuan kita. Mulakan langkah kanan dengan membaca. Pelbagaikan genre dan sumber bacaan. Kita harus ingat, bukan semua bahan yang kita baca itu benar. Namun, dengan mempelbagaikan bahan bacaan, kita mampu tingkatkan pemikiran kita ke tahap yang lebih kritikal.

Akhir kata, saya menyeru kepada diri sendiri dan para pembaca untuk meningkatkan usaha dalam memperluaskan ilmu pengetahuan kita. Dalam kita asyik membaca, jangan sampai lupa sumber utama kita iaitu al-Quran dan hadith. Jangan disimpan ilmu yang bermanfaat, kongsikan ia dengan orang disekeliling. Moga dengan sedikit usaha ini, kita mampu menjadi agen pembaikan dalam masyarakat Islam.

*Sempat jugak beli beberapa buah buku time the biggest book fair "Big Bad Wolf" kt MAEPS haritu..

WALLAHUA'LAM

1 comment:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)