Wednesday, March 18, 2009

Tahajud Cinta

BISMILLAH

Alhamdulillah..malam semalam baru jer diberi kesempatan untuk menonton teater SIRAH JUNJUNGAN:- TAHAJUD CINTA di Istana Budaya yg telah diarahkan oleh Eirma Fatima.

TAHAJUD CINTA

Antara artis² yang terlibat

Ni adalah pengalaman pertama pergi menonton teater..hmm mmg best..pentas die besar..sound system gempaq..prop mmg cun..jalan cerita menarik..

Teater ini berkisarkan perjalanan hidup Rasulullah s.a.w sejak sebelum kelahiran baginda dan sehinggalah kepada kewafatan baginda..

Bagaimana Rasulullah mendidik para sahabat kebanyakannya melalui sifat lemah lembut baginda serta tutur kata yang amat sopan..

Rasulullah telah diuji dengan pelbagai dugaan dan rintangan namun semuanya dapat diatasi melalui pertolongan dari ALLAH s.w.t

Pada penghujung teater, keadaan agak sayu tatkala di saat kewafatan baginda..dan kemudian seisi dewan berdiri tegak bagi berselawat berjemaah dgn diketuai oleh UKHT CT NURHALIZA dan AKH SALEH BROTHERS..

Selesai teater..ingatkan nak terus balik, namun telah diberi kesempatan untuk sesi autograf..sesambil tuh adelah curi² amek gambar sekali (lagha²)..hee



Dh mcm sekeluarga plak =P.


Perkenalkan ni abg saye =P.
Sape ni? amek jela gambar..hee=).
Tahniah kepada Kak Eirma Fatima atas sekelumit usahanya dalam menanamkan kecintaan kepada baginda Rasulullah s.a.w. Semoga penonton² yang hadir akan diberikan hidayah dan taufik untuk menjunjung peribadi baginda dan seterusnya mengamalkan dalam kehidupan seharian..


Bijan:- Bilalah nk tgk teater plak lps nih..hee

3 comments:

marwan_amz said...

pergi x ajak org...

Beejan said...

Hahak..ana pegi pon bidan terjun jer gnti org..lgpon enta kan tgh sbok exm(alasan)..

Anonymous said...

besnye~~~
jeles3~