BISMILLAH
10 APRIL 09 (Khutbah Jumaat)
Sabda Rasulullah s.a.w “Perbaharuilah iman kamu”. Ya iman yang dikurniakan oleh ALLAH s.w.t sentiasa turun dan naik. Jika tidak diperbaharui maka iman tersebut akan sentiasa terumbang ambing.
Maka sebagai insan yang tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan kecil. Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk meningkatkan keimanan. Mengikut ahli kitab sunnah wal jamaah. Antara cara-cara untuk meningkatkan keimanan adalah:
1.Mengetahui dan memahami 99 nama ALLAH s.w.t:
Mafhum hadith “Ada 99 nama ALLAH kesemuanya, barangsiapa yang mengetahuinya maka dia akan masuk ke dalam syurga”
Berdasarkan hadith tersebut, manusia bukanlah hanya setakat mampu menyebut dan mengingati 99 nama tersebut, malah seharusnya lebih maklum untuk memahami setiap erti dan maksud nama-nama tersebut.
Setelah memahami nama ALLAH maka perlulah setiap orang itu untuk melaksanakan tuntutan ke atasnya.
Setiap hari paling tidak, manusia kebiasaannya akan menyebut 2 daripada 99 nama tersebut iaitu Ar-rahman dan Ar-rahim.
Ar-rahman bermaksud pemurah. ALLAH bersifat pemurah terhadap semua makhluknya sama ada manusia ataupun haiwan. ALLAH berikan rezeki kepada setiap dari mereka.
Mengikut ahli kitab sunnah wal jamaah, jika nikmat di dunia yang ALLAH kurniakan kepada setiap makhluknya di dunia ini akan memberikan sedikit kebaikan kepadanya di akhirat kelak. Maka PASTI ALLAH tidak akan mengurniakannya kepada hambanya yang kufur dan ingkar terhadapnya.
Begitu jelas perbezaan antara orang muslim dan kafir. Yang mana nikmat yang ALLAH kurniakan kepada orang kafir di dunia hanyalah nikmat yang tidak menguntungkan mereka semasa di akhirat kelak manakala bagi yang beragama Islam mereka akan menerima kedua-dua nikmat sama ada untung mahupun tidak untung.
2.Mengambil tahu tentang perihal dan perilaku Nabi Muhammad s.a.w serta sirah tentang baginda:
Sebagai manusia yang mengaku sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w, seharusnya setiap yang berkaitan dengan baginda sama ada dari segi komunikasi, pergaulan, pemakaian, sahabat-sahabatnya, amalannya, serta sunnahnya menjadi sesuatu yang lazim diamalkan dalam kehidupan seharian.
Malah dengan mempelajari dan mengambil tahu sirah tentang baginda juga sedikit sebanyak akan dapat meningkatkan keimanan kepada ALLAH s.w.t.
Seterusnya disebarkan ke seluruh alam.
3.Membaca al-quran:
Mafhum hadith “Akan ramai dalam kalangan umatku yang membaca al-quran namun al-quran masih melaknat mereka”
Mengikut ahli kitab sunnah wal jamaah, membaca al-quran bukanlah hanya setakat dengan bacaan yang memenuhi hukum tajwid.
Namun yang lebih utamanya adalah dengan mentadabbur(fahami maksud), serta mengamalkan setiap arahan, hukum dan pengajaran yang didapati daripadanya.
Tiga cara di atas adalah sebahagian daripada cara-cara untuk meningkatkan keimanan terhadap ALLAH s.w.t. Dan dari iman inilah maka akan datang amal ibadah dan amal jariah.
Mafhum hadith “Apabila seseorang memasuki ke alam barzakh, maka hanya akan ada 3 benda sahaja yang membantunya amal jariah, ilmu yang bermanfaat, dan doa anak yang soleh”
Oleh sebab itu marilah kita bersama berusaha dalam beramal kerana ia akan membantu kita kelak semasa berada di alam barzakh dan juga hari akhirat.
*Time solat tertinggal kunci kat motor..naseb bek tade orang amek kesempatan^^
Wallahua'lam
2 comments:
nk beli iman bley???
perh..mamat krj nih..hang ktne? lme tk berusrah nie..hikhik
Post a Comment