Thursday, June 24, 2010

Paksarela..

BISMILLAH

25 JUN 2010



Antara perkara yang perlu ada ketika khutbah adalah pesanan ataupun peringatan kepada jemaah masjid supaya sentiasa takut kepada ALLAH.

Kebiasaannya ia diungkapkan melalui perkataan arab 'ittaqullah' bermaksud takutlah kepada ALLAH.

Mesej yang jelas diberikan oleh tuan Khatib bahawa pesanan ini seharusnya difahami oleh setiap jemaah yang hadir supaya mereka kembali rasa takut kepada ALLAH.

Jadi bagi memudahkan mesej ini difahami oleh jemaah, ia boleh disampaikan dalam mana-mana bahasa selagi ia difahami oleh seisi jemaah.

Dalam khutbah kali ini, tuan Khatib menyampaikan sepotong hadith berkenaan kisah Abdullah Amru dengan Rasulullah s.a.w.

Mafhum hadith:-

Suatu hari Abdullah Amru membandingkan amalannya dengan para sahabat yang telah dijamin syurga. Walaupun para sahabat ini telah dijanjikan syurga pada ketika itu namun amal soleh mereka masih tetap meningkat dari hari ke sehari.

Maka Abdullah Amru berhasrat untuk meningkatkan amal solehnya agar dapat membantunya di akhirat kelak. Maka beliau berhajat untuk berpuasa pada setiap hari.

Maka cerita ini sampai kepada pengetahuan Rasulullah s.a.w. Maka Rasulullah pun bertanya kepada Abdullah Amru mengenai berita tersebut.

Setelah pertemuan itu, maka Rasulullah s.a.w pun bersabda bahawa amal soleh dalam Islam bukanlah bersifat penyiksaan dan ia lebih berdasarkan kemampuan seseorang itu.

Maka Rasulullah s.a.w mencadangkan Abdullah Amru untuk berpuasa 3 hari di setiap bulan. Tapi kemudian Abdullah mengatakan dia mampu untuk berbuat lebih daripada itu.

Maka Rasulullah s.a.w mencadangkan supaya beliau berpuasa sehari berbuka 2 hari. Sekali lagi Abdullah Amru mengatakan bahawa beliau mampu untuk berbuat lebih daripada itu.

Maka Rasulullah s.a.w mencadangkan supaya Abdullah Amru mengikut syariat Nabi Daud a.s supaya berpuasa sehari kemudian berbuka sehari.

Sekali lagi Abdullah Amru berkata bahawa dia mampu untuk berbuat lebih daripada itu. Dan kemudian Rasulullah s.a.w bersabda "Tidak ada puasa yang lebih hebat daripada puasa nabi Daud a.s"

Pada usia Abdullah Amru yang tua beliau berkata bahawa alangkah mudahnya jika dia menuruti puasa yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w sewaktu dia muda dahulu kerana pada usia ini beliau sudah tidak larat untuk mengikut puasa nabi Daud a.s.

Kemudian tuan Khatib berpesan supaya datang ke masjid seawal yang mungkin pada hari jumaat. Beliau juga menegaskan beberapa larangan ketika khutbah pada hari jumaat.

Antaranya ialah memegang atau melangkah bahu jemaah lain untuk ke saf yang hadapan. Hal ini kerana akan menganggu fokus jemaah lain yang sedang khusuk mendengar khutbah.

Kemudian beliau berpesan lagi bahawa Rasulullah s.a.w bersabda supaya memendekkan waktu khutbah dan memanjangkan waktu solat.

*
Sedap betul jambu kt depan masjid tu..
*Boleh tk kalo kita paksa diri kita beramal?

WALLAHU'ALAM

9 comments:

Ummu Mursyid said...

kalau da liat sgt mmg kene 'pakse'
cth: bangun tahajjud

nak bangun tu mmg liat, tp insyaAllah lepas 'dipakse' bangun, lame kelamaan hati akan ikhlas melakukannya.

UmmU-Nisaa' said...

ummu mursyid: betul tu. ust Pahrol dlm bukunya Di Mana Dia di Hatiku: Dalam hidup ni ada 2 perkara yg manusia kena hadapi.
1. perkara yg suka dilakukan
2.perkara yg perlu dilakukan

kebiasaannya kedua2 ni akn brtindk brtentangan.
cth solat subuh or solat thjud.

kita perlu bgn thjud n bgn awal utk subuh tp kita lebey suka utk terus tidur..rs malas je nk bgn tp sbnarnya itu yg perlu kita lakukan.

Ust kate: lwn nafsu n bingkas bgun! utk brjaya kita perlu lkukn sstu prkara trsebut w'pun kita tak suka prkara tu.

keretasorong said...

sme2lh kite berusaha yerh \(^_^)/

Beejan said...

Insyaallah man..

syifa' rahiman said...

wow bagos2 update khutbah jumaat

Beejan said...

Owh, tym cuti bolelaa..kalo kt UIA msti ssah sket nk phm..

syifa' rahiman said...

haha.x pe.lame2 paham la tu

Danial Izzat Zulbahari said...

update la blog bro..huhu

Beejan said...

Tula..bulan julai takde post langsung..