Monday, August 16, 2010

Animalistic

BISMILLAH

Dalam jiwa manusia terdapat 2 jenis bahagian. Yang pertama ialah 'jiwa rasional' dan yang kedua ialah 'jiwa haiwan'..

Kalau mengikut sukatan neraca keadilan 'jiwa rasional' akan memberi arahan dan 'jiwa haiwan' akan patuh pada arahan tersebut.

  • jiwa rasional > jiwa haiwan

Namun jika 'jiwa haiwan' yang menjadi pemberi arahan, maka akan berlakulah ketidakADILan.

Adil ialah meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Lawan kepada adil ialah zalim.

Jika dalam keadaan 'jiwa haiwan' yang mengawal arahan, maka ketidakADILan akan berlaku.

Juga keadaan seperti inilah dikatakan manusia akan bersikap lebih hina daripada haiwan.

Buktinya, boleh dilihat menerusi kes-kes seperti pembuangan anak, rogol dan bunuh, 'child abusing', penagihan dadah, dan dera.

Seharusnya perkara2 yang membuka jalan kepada pemberontakan 'jiwa haiwan' harus ditutup lebih awal.

Anda adalah haiwan jika anda membiarkan 'jiwa haiwan' anda bermaharajalela..



3 comments:

Danial Izzat Zulbahari said...

mantap! :)

manusia boleh mnjadi lebih mulia dpa malaikat jika benar2 taqwa.

tetapi manusia boleh menjadi lebih hina dpd haiwan jika nafsu menjadi tuhan.

mycorner.miera said...

mungkin boleh bagi la tips untuk "jiwa rasional > jiwa haiwan" pula.. Untuk dijadikan panduan bersama..

anak soleh said...

beejan..kmi merindui karya anda.haha