BISMILLAH
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a
Rasullullah s.a.w bersabda, mafhumnya " Ingatlah bahawa DUNIA itu dilaknat dan apa yang ada setiap padanya juga dilaknat melainkan zikrullah dan juga orang yang a'lim"
Namun ia tidak bermakna dunia harus ditinggalkan demi mengejar akhirat sahaja. Firman ALLAH s.w.t dalam surah al-Qasas:77
"Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan ALLAH kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bagianmu di dunia..."
Dunia yang dikatakan laknat apabila sesuatu perkara itu dibuat menyebabkan manusia lalai daripada mengingati ALLAH.
Tidak salah untuk kita mengejar bagian kita di dunia. Namun awas jika ia menyebabkan kita terlalai daripada mengingati ALLAH s.w.t
Dan apa yang lebih baik itu adalah Zikrullah dan juga golongan a'lim iaitu golongan yang berilmu, bukan sekadar mempunyai pengetahuan luas malah turut mempraktikkannya.
Diriwayatkan oleh Tirmidzi;
Rasulullah s.a.w bersabda "Orang yang hatinya suka mencari ilmu tidak akan dilaknat oleh ALLAH"
Dalam hadith yang lain;
Rasulullah s.a.w bersabda "Tuntutlah ilmu sejak dari kecil lagi sehingga ke liang lahad"
Begitu tinggi martabat orang yang suka mencari ilmu dan mempraktikkan ilmu yang dimiliki.
Ada empat golongan level yang sering dikaitkan dengan ilmu, yang utama ialah golongan yang mengajar.
Golongan ini suka untuk menyampaikan walaupun sedikit ilmu yang ada pada dirinya kerana pada dasarnya seseorang yang mempunyai ilmu WAJIB untuk menyampaikannya pada orang lain.
Golongan yang kedua ialah golongan yang belajar. Golongan ini serius dalam menuntut ilmu.
Golongan ketiga ialah golongan yang mendengar. Mereka biasanya suka menghadiri ceramah2 namun tidak akan menyalin apa yang disampaikan. Walaupun begitu, mereka ini adalah lebih baik daripada golongan yang keempat.
Golongan keempat ini tidak langsung mengambil kisah untuk mencari ilmu. Mereka suka meletakkan diri mereka dalam zon selesa. Kebiasaannya mereka adalah jenis yang suka berhibur.
*Kita dimana?
*Jom ILMU..
No comments:
Post a Comment