Wednesday, April 22, 2009

Mudahla sangat..

BISMILLAH

Kusangka mudah sampai ke petang rupanya perit di tengahari..

Sekalung penghargaan buat Karisma Gombak kerna memberi peluang untuk menyertai MUDAH 09..(wat muka tak malu jer datang tk dijemput..haha)

Program yang agak 'MUDAH' tapi mencabar..hukhuk..ni tk ckop tido langsung..
Sampai kne gune bawang tym nk dgar pengisian..hoho..

Juga war game yang paling aman pernah berlaku setakat nie..haha.. Maaf dipohon untuk jejaka bernama MARWAN..

Kerna mem'BUNUH' anda 2 kali..hakhak..dan juga kalau ade terlepas ckp2 yg tak sepatutnya..quote "anda yang memecahbelahkan **** "..

Juga serangkap pantun:-

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tegurkan

Semoga program-program yang akan datang akan bertambah baik dan semakin mantap..

*MARWAN mmg ske bernasyid ea..
*Khemah banjir pon ade orang tu bole tido nyenyak..
*I wish i could join ERAT 09..

Wallahua'lam

Saturday, April 18, 2009

H.A.T.I

17 APRIL 2009 (Khutbah Jumaat)

Hati merupakan organ penting yang mempengaruhi keseluruhan tubuh badan. Hati juga merupakan nikmat kurniaan ALLAH yang agung.


Di akhirat kelak, hati akan menjadi tempat penilaian bagi ALLAH s.w.t bagi setiap amal yang telah dilakukan.


Segala niat bagi sesuatu amal akan bermula dari hati, jika ikhlas hatinya maka barulah dikatakan akan mendapat pahala.


Oleh sebab itu hati perlu dijaga pada setiap masa agar tidak mati. Hal ini kerana apabila hati mati, ia akan memberi kesan buruk kepada anggota badan dan seterusnya merosakkan sesuatu masyarakat.

Hukum menjaga hati adalah wajib, apabila tidak dijaga dengan sering melakukan dosa maka hati akan menjadi hitam.

Rasulullah s.a.w bersabda “Barangsiapa yang melakukan dosa maka akan timbullah satu titik hitam pada hatinya tetapi apabila mereka bertaubat maka titik hitam tadi akan terhakis”

ALLAH s.w.t berfirman “Sekali-kali tidak! Bahkan apa yang mereka kerjakan itu telah menutupi hati mereka” (al-Mutaffifin:14)


Apabila titik hitam bertambah, hati akan menjadi kotor. Oleh sebab itu kebanyakan golongan intelektual zaman sekarang tidak mampu untuk mengamalkan segala ilmu yang telah dipelajari.


Firman ALLAH s.w.t “Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga(hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada ALLAH. Dan ALLAH tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan” (al-Baqarah:74)

Betapa keras dan degilnya hati manusia yang sudah hitam. Secara tidak langsung membunuh sanubari seseorang itu dan akan menghitamkan seluruh kehidupannya.


Kegagalan untuk bertanggungjawab menjaga hati daripada mati akan dipersoalkan oleh ALLAH di akhirat kelak.

ALLAH memberi peringatan dalam firmannya “Maka apakah orang-orang yang dibukakan hatinya oleh ALLAH untuk (menerima) agama islam lalu dia mendapat cahaya dari tuhannya (sama dengan orang yang hatinya membatu)? Maka celakalah mereka yang hatinya telah membatu untuk mengingat ALLAH. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata”
(az-Zumar:22)

Hati akan menjadi hitam apabila tidak diberikan santapan rohani yang berkesan. Zikrullah, membaca dan menghafal al-Quran, dan bermuhasabah adalah santapan rohani yang paling berkesan dalam menjaga hati.

Firman ALLAH s.w.t “(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat ALLAH. Ingatlah, hanya dengan mengingat ALLAH hati menjadi tenteram” (ar-Ra’d:28)

Syeikh Ibrahim Adham menggariskan 10 kriteria manusia yang hatinya mati:

1. Orang mengaku kenal ALLAH s.w.t tetapi tidak berusaha untuk menambah amalnya.

2. Orang yang mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w tetapi tidak menghidupkan dan mengamalkan sunnahnya.

3. Orang yang membaca al-Quran tetapi tidak mengamalkan hukum-hukum di dalamnya.

4. Orang yang ‘makan’ nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH s.w.t tetapi tidak pernah bersyukur dengan nikmat tersebut.

5. Orang yang mengakui bahawa syaitan itu adalah musuh mereka namun tidak melawan segala ajakan dan hasutan syaitan.

6. Orang yang mengakui kewujudan syurga namun tidak berusaha untuk mengejar ganjaran syurga.

7. Orang yang mengakui kewujudan neraka namun tidak berusaha untuk melepaskan diri daripada cengkaman neraka.

8. Orang yang mengetahui pasal alam kematian namun tidak mengambil iktibar daripadanya.

9. Orang yang sibuk membuka aib orang lain namun tidak pernah menjaga keaibannya sendiri.

10. Orang yang sering mengiring jenazah ke tanah perkuburan tetapi tidak pernah mengambil pengajaran walaupun sedikit.


Syeikh ibni ayatollah (kalo salah btolkan..khatib cakap laju sangat) menggariskan 3 perkara yang akan menyebabkan hati seseorang itu mati:

1. Cintakan dunia dan takut mati(tidak bersedia jika nyawa ditarik)
2. Lalai daripada mengingati ALLAH dan Rasul.
3. Makan yang berlebihan

Diceritakan suatu kisah mengenai Sayyidina Ali dan isterinya Fatimah. Pada suatu hari dikala mereka hanya memiliki 3 biji tamar untuk dijadikan bekalan makanan pada hari itu.

Mereka telah didatangi oleh golongan fakir miskin sebanyak tiga kali. Maka bekalan makanan pada hari itu telahpun diberikan kepada golongan fakir dan habis tanpa sempat mereka menjamah walaupun sedikit.

Pada penghujung harinya Sayyidina Ali mengucapkan alhamdulillah, maka Fatimah sedikit terkejut dengan tingkah laku suaminya. Dan bertanya kenapa? Maka Ali menjawab “Tetamu Rasulullah s.a.w telahpun datang ke rumah kita pada hari ini”

Ya kelaparan merupakan tetamu Rasulullah s.a.w. Hal ini kerana Rasulullah s.a.w tidak pernah tidur dalam keadaan perutnya yang kenyang. Bagaimanakah umatnya pada hari ni yang tidur dalam kekenyangan sedangkan amal hariannya masih lagi terumbang-ambing.

Tiga cara yang digariskan untuk memelihara hati daripada mati:

1. Sentiasa bersedia menghadapi kematian dengan beramal seikhlas dan sedaya mungkin
2. Sentiasa memujuk hati untuk mengingati ALLAH dalam apa jua keadaan sekalipun.
3. Bergaul dengan golongan alim ulama’ dan jadikan mereka sebagai rujukan selain daripada Quran dan sunnah.

Sahabat-sahabat sekalian marilah kita sama-sama berusaha untuk memelihara hati ini daripada terjerumus ke lembah hitam.

*Hati kita berbentuk ape ek?
*Aargh..lpas ni tkleh makan banyak lagi..huh..

Wallahua'lam

Wednesday, April 15, 2009

Mari jadi pelupa..

Ada banyak perkara yang kita tak boleh nak lupakan. Kita tak lupa ibu bapa, kita ingat harta benda dan antara yang kita tak lupa ialah kebaikan yang pernah kita lakukan.

Malah, sesetengah daripada kita apabila berjumpa orang yang pernah kita berjasa, kita teringat jasa kita.

Kalau itu yang kita teringat , kita akan sentiasa banyak mengungkit dan dan mungkin nanti akan ada banyak halangan dalam berhubung sesama manusia.

Mari kita dengar pesanan Luqman al-Hakim kepada anaknya.

Pesannya: “Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupakan kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang”

Mari perhalusi pesanan Luqman tadi:

1.Mengingati segala kebaikan yang dilakukan orang lain kepada kita.

-Apabila kita ingat kebaikan orang, kita akan berasa kekurangan kebaikan yang kita lakukan kepada orang lain dan kita akan berusaha melakukan kebaikan.

2.Mengingati segala kejahatan yang kita lakukan.

-Ini supaya kita tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan kita terhadap orang lain.

3.Lupakan kebaikan yang pernah kita lakukan.

-Apa-apa kebaikan yang pernah kita lakukan hendaklah kita lupakan, kerana ALLAH sahaja yang dapat menilai apa yang kita buat.

-Ditakuti nanti apabila kita sentiasa ingat akan kebaikan yang kita lakukan, menyebabkan syaitan akan memaut hati kita dan membisikkan supaya mengungkit kebaikan yang pernah dilakukan.

-Orang yang mengungkit kebaikan yang dilakukan menyebabkan amalan berkenaan menjadi sia-sia dan tidak bernilai di sisi ALLAH.

-Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud “Orang yang mengungkit kebaikannya sama seperti daun kering yang dijilat api.”

-Betapa ruginya amalan perbuatan terbabit. Habis begitu sahaja hanya dengan sekali ungkitan.

4.Lupakan kejahatan yang pernah dilakukan orang terhadap kita.

-Sebagai manusia, memanglah susah untuk kita melupakan kejahatan yang pernah dilakukan orang terhadap kita.

-Bagaimanapun, agama kita menuntut supaya melupakan kejahatan mereka. Kita perlu melawan supaya kita boleh lupakan kejahatan orang lain.

-Apabila kita melupakan kejahatan dan kesalahan orang lain, kita dapat membantu dan menolong mereka dengan melakukan kebaikan.

-Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud “Orang yang baik ialah orang yang berbuat baik kepada orang yang membuat baik kepadanya dan membuat baik kepada orang yang membuat jahat terhadapnya”

Lupakan kejahatan orang terhadap kita. Tiada guna mengingati kejahatan dan kesalahan orang kerana ia boleh merosakkan akal serta kebahagiaan hidup kita, malah menjadikan hidup kita tidak ceria.

Marilah kita sama-sama mengikhlaskan diri dalam segala tindakan tanpa mengingati dan mengungkit kebaikan yang dilakukan supaya mendapat keredaan ALLAH serta kebahagiaan dunia mahupun akhirat.

*Nak ungkit pon tk lepas..kebaikan sket sgt..hukhuk..
*Jom jadi baek..

Friday, April 10, 2009

Me Myself n I

Aduh kne tag dengan bdak yg ske makan burger plak..


Tag: Write 5 words bout urself.(lbih xpe :P)

1. Bijan:

-Nama panggilan since masuk MRSM MUADZAM SHAH dulu. Sebab ejaan NAJIB bila terbalikkan maka lahirlah BIJAN.

2. Belanja

-Haa mmg ske blanje org..hee..tkde mknenye..actually..mmg sgt(30x) ske diBELANJE oleh orang..asal free saje kompem datang=P.

3. Sports

-Suke bersukan,but lately dh lme tk bersukan. Sukan yang diceburi ialah RUGBY, BASKETBALL, FOOTBALL. Paling best dpt wakil negeri men rugby tym skola dlu..

-And by accident..tym SMAC aritu mewakili ENGIN untuk congkak dan batu seremban. Perh tk sgke jd johan(congkak)..batu seremban tuh oke gakla sekadar naib johan..hee.^^.

4. Suka bergurau + cakap

-Jenis yang mmg ske usik orang smpai nanes kdg2(ni msti ade yg trase dh nie).. juga ske cakap..ni tataw nk komen cmne..hmm sebab both parents guru bhse kot..

5. Cempedak

-Wargh..mmg die hard fan cempedak goreng..nyum3x.. aarhh tgh ngidam lg ni..

*Mintak-mintak nnti org rumah pandai wat cempedak goreng..

Nak beli Iman?

BISMILLAH

10 APRIL 09 (Khutbah Jumaat)

Sabda Rasulullah s.a.w Perbaharuilah iman kamu”. Ya iman yang dikurniakan oleh ALLAH s.w.t sentiasa turun dan naik. Jika tidak diperbaharui maka iman tersebut akan sentiasa terumbang ambing.



Maka sebagai insan yang tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan kecil. Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk meningkatkan keimanan. Mengikut ahli kitab sunnah wal jamaah. Antara cara-cara untuk meningkatkan keimanan adalah:


1.Mengetahui dan memahami 99 nama ALLAH s.w.t:


Mafhum hadith “Ada 99 nama ALLAH kesemuanya, barangsiapa yang mengetahuinya maka dia akan masuk ke dalam syurga”

Berdasarkan hadith tersebut, manusia bukanlah hanya setakat mampu menyebut dan mengingati 99 nama tersebut, malah seharusnya lebih maklum untuk memahami setiap erti dan maksud nama-nama tersebut.

Setelah memahami nama ALLAH maka perlulah setiap orang itu untuk melaksanakan tuntutan ke atasnya.

Setiap hari paling tidak, manusia kebiasaannya akan menyebut 2 daripada 99 nama tersebut iaitu Ar-rahman dan Ar-rahim.

Ar-rahman bermaksud pemurah. ALLAH bersifat pemurah terhadap semua makhluknya sama ada manusia ataupun haiwan. ALLAH berikan rezeki kepada setiap dari mereka.

Mengikut ahli kitab sunnah wal jamaah, jika nikmat di dunia yang ALLAH kurniakan kepada setiap makhluknya di dunia ini akan memberikan sedikit kebaikan kepadanya di akhirat kelak. Maka PASTI ALLAH tidak akan mengurniakannya kepada hambanya yang kufur dan ingkar terhadapnya.

Begitu jelas perbezaan antara orang muslim dan kafir. Yang mana nikmat yang ALLAH kurniakan kepada orang kafir di dunia hanyalah nikmat yang tidak menguntungkan mereka semasa di akhirat kelak manakala bagi yang beragama Islam mereka akan menerima kedua-dua nikmat sama ada untung mahupun tidak untung.

2.Mengambil tahu tentang perihal dan perilaku Nabi Muhammad s.a.w serta sirah tentang baginda:

Sebagai manusia yang mengaku sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w, seharusnya setiap yang berkaitan dengan baginda sama ada dari segi komunikasi, pergaulan, pemakaian, sahabat-sahabatnya, amalannya, serta sunnahnya menjadi sesuatu yang lazim diamalkan dalam kehidupan seharian.

Malah dengan mempelajari dan mengambil tahu sirah tentang baginda juga sedikit sebanyak akan dapat meningkatkan keimanan kepada ALLAH s.w.t.
Seterusnya disebarkan ke seluruh alam.

3.Membaca al-quran:

Mafhum hadith “Akan ramai dalam kalangan umatku yang membaca al-quran namun al-quran masih melaknat mereka”

Mengikut ahli kitab sunnah wal jamaah, membaca al-quran bukanlah hanya setakat dengan bacaan yang memenuhi hukum tajwid.

Namun yang lebih utamanya adalah dengan mentadabbur(fahami maksud), serta mengamalkan setiap arahan, hukum dan pengajaran yang didapati daripadanya.

Tiga cara di atas adalah sebahagian daripada cara-cara untuk meningkatkan keimanan terhadap ALLAH s.w.t. Dan dari iman inilah maka akan datang amal ibadah dan amal jariah.

Mafhum hadith “Apabila seseorang memasuki ke alam barzakh, maka hanya akan ada 3 benda sahaja yang membantunya amal jariah, ilmu yang bermanfaat, dan doa anak yang soleh”

Oleh sebab itu marilah kita bersama berusaha dalam beramal kerana ia akan membantu kita kelak semasa berada di alam barzakh dan juga hari akhirat.

*Time solat tertinggal kunci kat motor..naseb bek tade orang amek kesempatan^^

Wallahua'lam

Wednesday, April 8, 2009

Tahu buat?

BISMILLAH

Cuti memang sesuatu yang menarik, kadang2 rase besh, kengkadang rase tkbesh plak..

Tym cuti nih mcm2 dugaan pon datang gak. Deria bau pon cuti dekat lebih 2 minggu. Pagi nih rase besh sgt sebab fes tym dalam mase 2 minggu suda bole membau..Selesema mengajar erti nikmatnye bau itu..

Tapi byk hikmahnye..bende yang bau busuk kte tak rase ape2 pon..kalo pakai perfume pon tk rase pon dri dah wangi..at the end bila makan pon tk rase sgt pape..lauk punyelaa kaw2..tp rase cm bese jer..oh BAU..

Ingat lagi dulu ade abang ni bagi analogi pasal deria bau..alkisah bermulaa..

Sorg pakcik ni hidup merempat. Baju tk penah tuka, mandi jgn citelaa..tmpat tggal die kt sekitar tempat pembuangan sampah(ala mcm dlm kbnyakan movie)..

Gambar Hiasan

So ade sorg mamat nih, pembersih orgnye..suka mandi=D. Satu hari die terjumpe pakcik nih..Sambil menutup hidungnye, die tnye kt pakcik nih..

"Pakcik tggal kt sini ker (sambil melihat sekitar tempat pembuangan sampah tu).."

"Awak jgn nak hina pakcik..kalo pakcik tggal kt sni pon.."

"Bukan hina, tapi kan pakcik..sinikan bau busuk..pakcik boleh tahan ker?"

"Mane de busuk, pakcik dh lme tggal kt sini..tkde plak pakcik rase tak tahan"

"Iyela pakcik busuk laa kt sini..(cuba meyakinkan)"

"Awak jgn nk mengajar pakcik, pakcik dah makan garam lebih dr awak"

Hm so perbualan tadi habis kt situ..mamat nih dengan rase geramnye meninggalkan tempat tersebut..

Setelah berfikir semasak-masaknye. Dia mengambil keputusan untuk mengajak pakcik tersebut untuk tinggal bersamanya..

Keesokan harinya dia menawarkan kepada pakcik tersebut untuk tinggal di rumahnya..Pada mulanya pakcik tersebut enggan. Tetapi setelah puas dipujuk oleh mamat nih td..akhirnya pakcik tersebut bersetuju(tu pon pasal politik perut..hee)

So..hampir dekat 3 bulan pakcik tersebut tinggal bersama mamat tadi..satu hari.. mamat nih nk bg surprise kat pakcik nie..jeng 3x..

Rupa-rupanya mamat ni bawak pakcik ni blk ke tempat tinggal die yang dulu..sesampai sahaja di tempat kejadian..

"eh2 kemane awak bawak pakcik nih(sambil menutup hidungnye)"

"Aik kenapa pakcik ttop hidung pakcik?"

"Awak bole tnye pakcik blk? kan bau busuk nih..!"

Sambil tersenyum mamat nih pon beredar dari tempat tersebut..

Paham ke tk? Yelar dulu pakcik tuh tggal dkt dgn tong sampah..mmgla hidung die tk rase tmpat tu busuk..maybe sebab tkde org nk btaw kt die..

Tapi bila dah lame ddok ngan mamat td baru dia realize yg tmpat tggal die dulu tuh mmg busuk..nk muntah bila bau..

Orang zaman sekarang pon mcm pakcik tu jgak..mereka ingat dengan kehidupan sosial diorang tuh..minum arak..judi..zina..konsert..budaya hedonisme.. coupling..dan bla..bla..bla..tu mcm perkara biasa jer..so dorg kisah aper..

Kalo kita btaw kt dorg bende tu slah pon dorg tkkan phm..mcm pakcik td jgak.. sebab dorang nih dh terbiase dengan perkara2 mcm tue..mcm pakcik tu dh terbiase dengan bau busuk tadi..

So kita perlukan manusia mcm mamat nih td..mengajak mereka untuk MERASAKAN sesuatu yang lebih nikmat..mcm mamat td of course la kewangian..

Dalam konteks sebagai daie..kita kena tawarkan keindahan Islam itu sendiri..sebab bila orang ramai dah terbiasa dengan kehidupan sosial mereka.. maka jadilah perkara 'AIMAN XKESAH'..bg mereka itu perkara biasa jer..asalkan dorg tak kacau periuk nasi orang lain..

Nak taknak..kita kene bertindak mcm mamat td..ajak mereka untuk mengamalkan Islam.btaw mereka tentang keindahan Islam..ajar mereka untuk izzah dengan Islam..serta MERASAKAN kenikmatan Islam itu sendiri. Proses ini mengambil mase yg pnjang..mgkin lebih dari 3 bulan seperti pakcik td..

Sebab nanti akhirnye baru mereka akan tersedar tentang perbuatan mereka selama ini..Dan kelak meninggalkan perbuatan lampau mereka..

Ingat jadilah mamat yg tidak pernah mengenal erti berputus asa..yang mempunyai kesungguhan untuk menyedarkan pakcik tadi tentang erti kebusukan dan kewangian..

At the end hidayah dan taufik hanya di tangan ALLAH..kerap2 laa mohon doa untuk mereka2 ini..juga untuk diri sendiri..

*Mcm tkde kaitan jer cte nih dgn deria bau =P.
*Sebenarnya nk cerita benda lain tapi dah melalut plaakk..len kalilaa..

Wallahua'lam

Tuesday, April 7, 2009

Red & Blue

  1. Anda rasa anda hot? - Mungkin nanti..
  2. Upload gambar kegemaran anda

GAMBAR TIME DARJAH 5

  1. Kenapa anda suka gambar ini? - Sebab muke msg2 stil toye lg..tkde nk cover2
  2. Bila kali terakhir makan pizza? - Tym pegi kt Pizza Hut
  3. Lagu terakhir yang anda dengar? - Innocence(Avril)
  4. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ni? - YM
  5. Selain nama sendiri, anda suka dipanggil dgn nama ape? - Bijan, Jan, Jib, Jiban, Ameer(hakhak)..
  6. Tag lagi 6 org -
  • Husna 6UM
  • Mursyidah
  • Izzudin Kuteng
  • Encik Fatah
  • Famy
  • Utrujah
Siapa no.1 pada anda? - Kenalan lama(Perentas Desa.hee)
Orang no.3 ada hubungan dgn sesiapa? - Ibrahim dan Nadiah.hoho..
Kata sesuatu berkenaan org no.5 - Balingan bowling yg mantap=P.hee..
Bagaimana pula dgn no.4? - Suke bergosip(hehe..'Epi Besday')
Siapakah org no.2? - Classmate yg ske makan burger(hee..)
Pesanan kepada no 6? - Setakat netball..pejam mata^^ bley score..hee..

Monday, April 6, 2009

Gaya Hidup Sihat

BISMILLAH

3 April 09 (Khutbah Jumaat)

Dalam Islam kesejahteraan terbahagi kepada aspek fizikal dan aspek rohani. Kedua-dua aspek ini perlu di'SEIMBANG'kan.

Pemakanan yang berlebihan akan menyebabkan seseorang itu menghidapi penyakit kencing yang manis..

Di Malaysia berdasarkan statistik dekat jutaan lebih yang menghidapi penyakit tersebut..

Pengambilan makanan perlu diambil secara bersederhana..firman ALLAH s.w.t..

“Wahai anak cucu Adam! Pakailah pakaianmu yang bagus pada setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, tetapi jangan berlebihan. Sungguh, ALLAH tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan" (Al-A’raf 7:31)


Dalam menuju ke arah gaya hidup yang sihat, bersukan amat digalakkan. Saidina Umar al-khatab sangat2 menggalakkan umat Islam bersukan secara jasmani melalui sukan seperti berenang memanah, dan menuggang kuda.

Selain itu wudhu’ juga dikatakan salah satu cara untuk meningkatkan kesihatan. Apabila seseorang berwudhu’ maka secara tidak langsung dapat menghilangkan kuman-kuman yang terdapat pada anggota badan.

Tambahan pula solat juga telah dibuktikan sebagai salah satu cara penjagaan kesihatan. Melalui kajian yang dijalankan, solat dapat memberikan ketenangan emosi serta merendahkan tekanan hormon jika dilaksanakan dengan khusyu’ dan sempurna..

Maka wudhu’ sekali lagi memainkan peranan yang penting bagi seseorang yang ingin mendapatkan kekhusyu’kan dalam solat.

Ini menjadikan manusia tidak perlu lagi taksub dengan pakej penjagaan kesihatan yang lain dan cukup sekadar yang tidak berlebihan.

Berpuasa juga secara saintifiknya juga telah dibuktikan amat diperlukan dalam penjagaan kesihatan. Khususnya untuk merehatkan anggota-anggota dalaman yang terlibat dalam proses penghadaman.

Persekitaran yang bersih juga perlu diusahakan bagi menjamin gaya hidup yang sihat. Sampah perlulah dibuang ke dalam tong sampah. Dan tidak dibiarkan bertebaran.

Mafhum hadith:-


“Dan janganlah kamu buang air kecil di suatu kawasan dan kemudian mengambil wudhu di kawasan yang sama”

Tidak dilupakan dalam kita beriadah atau bersukan. Perlu ada batas-batas yang perlu dijaga supya tidak melanggar hukum syarak.

Sebagai contoh, silat gerak kilat, seni tahan badan al-maunnah dan yoga yg telahpun diwartakan haram oleh JAKIM.

Dalam kita menyertai sesuatu unit beruniform ataupun kelab-kelab pastikan tidak terpesong akidahnya serta tiada mengandungi pergerakan2 yang seakan-akan seperti pemujaan.

Dua konsep yang perlu ditekankan dan diamalkan dalam merealisasikan gaya hidup yang sihat ialah

1.Mencegah sebelum kena
2.Bersederhana dalam pemakanan.


*Jom ramai-ramai puasa
*Dengar citer ade nak buat team netball..nk join..=D.





Wednesday, April 1, 2009

Hati Seorang Daie

BISMILLAH

Hati yang cukup mahal harganye..Tkde dijual di kedai 2 ringgit atawpon di 7eleven.. Hati seorang Daie..

Daie? Ape tuh? Seorang yang mempunyai fikrah untuk mengislahkan masyarakat. Yang mengajak orang ramai kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran.

Hati ini tidak mudah dipermainkan oleh syaitan. Syaitan gentar berhadapan dengan hati macam ni..

Hati ini tidak mudah dipengaruhi emosi, tidak mudah dipengaruhi oleh anasir luar..malah begitu komited dalam menjalankan ape yg dipercayainya.

Ya ALLAH kurniakanlah Hati ini kepada KAMI. Sungguhpun harganye begitu mahal, namun permudahkan bagi KAMI memilikinya..

*Memang ssah nk dpt hati cmni..sape yg dh ade tahniah ler..
*Hmm dh lme tkde post baru..sebab bimbang ape yg ditulis akan dipengaruhi oleh emosi penulis yg tk stabil..

Wallahua'lam