Friday, March 27, 2009

Khutbah Jumaat

BISMILLAH

27 mac 09

Umat Islam perlu bersatu untuk mengulangi kembali zaman kegemilangan daulah islamiyah.

Perkara yang ditekankan oleh Rasulullah S.A.W dalam pembentukan daulah islamiyah ialah ikhwan. Kesatuan daripada semua pihak dan kaum. Ukhuwah menjadi akarnya.

Belakangan ini, kebanyakan umat Islam dilihat berpecah-belah. Semangat untuk memperjuangkan Islam tidak lagi menjadi asas perjuangan. Sehinggakan mereka lebih taksub kepada parti politik masing².

Ulama Dr.Yusoff Al-Qardhawi dalam ucapannya mengatakan, seharusnya perkara ini bukanlah menjadi topik utama ketika ini. Umat Islam harus berpikir dan berbincang tentang kekuatan mereka yang mana makin hari semakin lemah.

Kesatuan umat Islam di seluruh dunia yang amat goyah menjadikan agama Islam pada hari ini tidak lagi dipandang mulia malah diperkotak-katikkan. Politik, ekonomi, sosial, kebudayaan, ilmu, dan lain² sama sekali tidak akan berjaya 'diislamikkan' selagi mana kesatuan dalam kalangan umat Islam tidak dibaik pulih.

Zaman para sahabat seharusnya dijadikan sebagai contoh dalam mengejar daulah islamiyah ini.

Pada saat ketika suku kaum Aus dan Khazraj telah bersatu di Madinah setelah sekian lama bercakaran. Wujudnya kerisauan pada golongan kafir terutamanya Shash ibnu Qaish.

Shash berpendapat bahawa jika perkara ini berterusan maka Islam akan terus mekar dan akan menggugat mereka. Maka Shash bertindak untuk memecahbelahkan kembali suku Aus dan Khazraj.

Maka Shash telah membuat provakasi kepada salah satu suku tersebut. Akibatnya hubungan di antara suku² tersebut hampir retak.

Mereka kembali bermusuhan dan mengambil keputusan ingin berperang kembali seperti masa lampau. Maka mereka masing² berarak menuju ke medan peperangan dengan masing² membawa senjata dan melaungkan slogan masing².

Apabila berita ini sampai ke pengetahuan Rasulullah S.A.W, baginda dan beberapa orang muhajirin segera ke tempat kejadian.

Sesampai sahaja di sana maka Baginda terus bersabda mafhumnya(lebih kurang)..

"Takutlah kamu semua kepada ALLAH, adakah ini balasannya setelah apa yg ALLAH telah berikan? Kamu semua telah diselamatkan dari jurang api neraka dan sekarang kamu semu ingin kembali kepada jurang tersebut"

Maka apabila mereka mendengar sabda baginda, mereka kembali sedar bahawa mereka hampir ditipu oleh syaitan.

Setelah itu perselisihan faham antara suku tersebut berjaya diselesaikan. Semoga kita sesekali tidak akan ditipu oleh syaitan seperti ini.

*Sedikit perkongsian bagi sape² yg terlepas khutbah jumaat juga untuk kaum hawa..

Wallahua'lam

Rojak

BISMILLAH

Hari nih mmg tekanan, macam2 ader..bese mkn rojak tk?..Hari ni mcm tula..
Mcm2 emosi dtg sekaligus..

Aiyyaa, campor skali semua tktaw nk define cmner..mlm td+pg td+pg sket+tghari+solatjumaat+ptgnih...

Tktaw nk habaq cmner..sedih +pelik +malu +terkilan +semangat +gembira sket +sakit=?

Tak sabar menunggu hari esok..tkmo jd mcm citer GROUNDHOG DAY..

*Bila baca blog org len rase insaf plak..

Wallahua'lam

Wednesday, March 25, 2009

Demam..

BISMILLAH

Hmm skrang ni org ramai tgh demam ape ek? Demam bola? Demam cinta? Demam exam? Demam bukak sem?

Mcm² demam ader..tahla kenape ALLAH ciptakan demam ek? Mmg sebagai hamba bila kita demam pasti berharap akn ade org bantu kita..dan kebiasaannya tym mcm nilah baru manusia² hendak kembali kepada pencipta..

Kalo para sahabat dulu dorg tak senang duduk kalo dh terlalu lama takde sakit² mcm demam..Sebab bg mereka demam tu kire mcm anugerah..Yelah mne tk best nye demam kan penghapus dosa²

So atas alasan ini demam ni kira mcm nikmat juga. Bayangkan kalau kita demam, mase nk beribadah punyalah seksa..tapi kita gagahkan jua..haa sbg balasan ALLAH lipatgandakan setiap amalan kita..

Then, ulama' bgtaw..sakit ni ade dua asbab..Satu sbg kafarah(apuskan dosa), lagi satu sebab ALLAH nk tggikan drjat kita kt syurga kelak..Hm kn untung sesape yg demam nih..

So bole ke kalo kita bercita² nk demam nih? Hmm rasenye kita tkleh kot nk mntak saket..tp kalo dh dpt tuh redha jela kot..

Hmm rase lega kali nih walaupun still tgh demam nih..smg diberi kesembuhan cepat..jgn jeles kt org yg demam..hee

Teringat kat doa yg diajar oleh SOMEONE nih..(^^,)

"Rabbana la tada' lana zanban illa ghafartah, wa la mariidhan illa syafaitah. Bismillahillazi la yadhuru ma'asmihi syaiun fil ardhi wa la fissama' wa hua samii'un 'alim"

wallahua'lam

Sunday, March 22, 2009

Jaulah lagi..Ipoh mali..

BISMILLAH

Pada 22mac 09 pergi ke Ipoh..kira mcm jaulah juga..Tapi actually lebih mcm pergi kursus takpon seminar..

Perjalanan ke Ipoh ditemani oleh uncle-uncle..salah seorang daripadanya ialah Tuan Syed Ibrahim(timbalan presiden JIM)mmg sempoi..tk klh kalo melawak..tp isinya sentiasa ada..

So program yg dihadiri ini lebih kepada berbentuk ilmiah and FACTS..haho..
Basically it's all about MAFREL..

What is MAFREL? Malaysian For Free and Fair Elections..Badan ini ditubuhkan untuk menjadi pemerhati kepada pilihanraya yang dijalankan..Dianggotai oleh NGO² luar dan juga menjadi badan yang mewakili kepentingan rakyat dalam proses mengundi.

MAFREL bertindak sebagai badan yang akan cuba menutup lubang-lubang rasuah dan penipuan dalam proses mengundi dalam pilihanraya.

Antara kejayaan MAFREL ialah berjaya membuktikan kepada pihak SPR bahawa senarai pengundi berdaftar adalah tidak updated. Hal ini kerana kebanyakan pengundi yg berumur dalam senarai sudah tidak wujud(alam barzakh)..

Selain daripada itu MAFREL juga berusaha keras dalam memastikan alamat pengundi yg berdaftar wujud. Antara pembongkaran yang berjaya dibuat ialah bagaimana sebuah rumah yang begitu kecil didaftarkan untuk 60 lebih pengundi (mmg tk masuk akal)..

Secara tidak langsung MAFREL sedikit sebanyak telah berjaya menghalang lubang-lubang untuk melakukan penipuan seperti pengundi hantu..

Antara masalah yg dihadapi oleh MAFREL adalah kekurangan ahli sukarelawan yg sanggup melakukan kerja² sebegini..

Hmm nampak mcm tk penting je kn MAFREL nih..tp percayalah usaha ini sedikit sebanyak membantu kepada pilihanraya yang lebih adil..

Ya mmg betul..sebagai seorang MUSLIM kita sentiasa perlu ada sikap adil..ADIL?
Meletakkan sesuatu kena pada tempatnya..bagaimana kita?

Cukup adil? Sudahkah kita menunaikan hak sesame sedara kita..Dh ajak ke dorg ikut usrah?Dh ajak ke dorg ikut prog? Dh ajak ke dorg untuk bekerja di jln ALLAH? Haa kalo belum tggu apa lagi..copek²kan laa..

Walaupun nampak remeh..tp insyallah ALLAH akan iktiraf usaha kita dalam mengislahkan masyarakat pada hari ini..Semoga sahabat² akan terus berjuang di atas JALAN ini..

Hmm btw..lepas habis jer kursus mmg tk smpat nk cuci mata kt pekan Ipoh nie..sebab Tuan Syed nk blk awal sebab ade hal..huhu. Tkpela lain kali kot..
Wallua'lam

Bijan:- Oang lain jadi pemerhati pilihanraya, kita ni jd pemerhati kepada pemerhati pilihanraya plak..=D

Saturday, March 21, 2009

Amarah..

BISMILLAH

Ada seorang meminta nasihat kepada baginda Rasulullah S.A.W dengan berkata : "Wahai Rasulullah, aku ingin kurangkan bercakap, kerana selama ini aku tidak mampu menjaga diri dari banyak bercakap." Maka baginda bersabda: "Janganlah engkau marah." Orang itu mengulang lagi permintaannya, dan baginda tetap mengatakan hal yang sama.

Makna "Janganlah engkau marah", ertinya janganlah kamu menuruti perasaan amarah. Dengan kata lain, jika kamu marah, maka kuasailah jiwamu dan kawallah ia dengan takwa. Jangan kamu turuti syaitan AMARAH yang akan membuat dirimu seperti ORANG-ORANG BODOH. Atau janganlah kamu meletakkan dirimu di tempat amarah dan jauhkanlah sebab-sebab amarah menurut kesanggupanmu.

-Dipetik daripada buku Ibadurrahman karya Yusuf Al-Qaradhawiy-

Pakcik Yusuf ni mmg mantap ilmu die..and bile bc buku nih rasenye diri ni mcm dh byk kali diperbodohkan oleh Syaitan..

Kerna sbg Ibadurrahman dunia ini terlalu remeh untuk dijadikan tempat untuk manusia saling bermusuhan dan berdendaman(istilah slh ni)..serta bergolak sesama sendiri sebab dunia disisi ALLAH tidak setanding dengan beratnya satu sayap NYAMUK..

So ape lg sahabat² ayuk kita berlapang dada, pijak Ego, kurung nafsu, murahkan senyuman, n bla bla bla..

Tp igt, Rasulullah hanya marah apabila ISLAM yg dijunjung telah diperkotak-katikkan..dan tentunya Rasulullah akan marah only for the sake of ALLAH..

So, harap lps nih tkmo marah² ek. Org Ganu gak baguih.senyum sokmo=).

Wallahua'lam

Wednesday, March 18, 2009

Tahajud Cinta

BISMILLAH

Alhamdulillah..malam semalam baru jer diberi kesempatan untuk menonton teater SIRAH JUNJUNGAN:- TAHAJUD CINTA di Istana Budaya yg telah diarahkan oleh Eirma Fatima.

TAHAJUD CINTA

Antara artis² yang terlibat

Ni adalah pengalaman pertama pergi menonton teater..hmm mmg best..pentas die besar..sound system gempaq..prop mmg cun..jalan cerita menarik..

Teater ini berkisarkan perjalanan hidup Rasulullah s.a.w sejak sebelum kelahiran baginda dan sehinggalah kepada kewafatan baginda..

Bagaimana Rasulullah mendidik para sahabat kebanyakannya melalui sifat lemah lembut baginda serta tutur kata yang amat sopan..

Rasulullah telah diuji dengan pelbagai dugaan dan rintangan namun semuanya dapat diatasi melalui pertolongan dari ALLAH s.w.t

Pada penghujung teater, keadaan agak sayu tatkala di saat kewafatan baginda..dan kemudian seisi dewan berdiri tegak bagi berselawat berjemaah dgn diketuai oleh UKHT CT NURHALIZA dan AKH SALEH BROTHERS..

Selesai teater..ingatkan nak terus balik, namun telah diberi kesempatan untuk sesi autograf..sesambil tuh adelah curi² amek gambar sekali (lagha²)..hee



Dh mcm sekeluarga plak =P.


Perkenalkan ni abg saye =P.
Sape ni? amek jela gambar..hee=).
Tahniah kepada Kak Eirma Fatima atas sekelumit usahanya dalam menanamkan kecintaan kepada baginda Rasulullah s.a.w. Semoga penonton² yang hadir akan diberikan hidayah dan taufik untuk menjunjung peribadi baginda dan seterusnya mengamalkan dalam kehidupan seharian..


Bijan:- Bilalah nk tgk teater plak lps nih..hee

Tuesday, March 17, 2009

Jaulah ke MELAKA

BISMILLAH

Alhamdulillah, sekarang ni tgh ade kt melaka..tgh berjaulah..
Tp yg peliknya g jaulah sgsorg..sbb ikhwah² laen sume sibuk dan ade hal..

Bermalam di rumah pakcik Haziq..mmg best sebab MAKAN free, MINUM pun free..So smlm dh jejalan kt sekitar Bandaraya MELAKA.

Hari ni tadi g kat ayer keroh..masuk Taman Buaya..Ha yg kelakarnye bile masuk kt RUMAH ape tah yg gelap² tuh..due due penakot..(pecah temberang)..tapi Haziq plg obvious laa..

Nk masuk tempat laen sume kene bayar mahal²(kan bgus kalo bg dhany ader)..hee..

Malam ni insyaALLAH akan ke kolam air panas..ee mcm best jer..
So akan berangkat pulang pd pagi rabu(esok)..

Tahla rase mcm nk jaulah ke kelantan plak lps nih..tp kat KELANTAN ader aper..mcm bosan jer..hee

Hmm lagi satu kitorang dah maen bowling ni dkat 4 frame dah..mmg kompem dh pro lpas nih.hee

Jomla wat tournament murabbi vs mutarabbi..ade BRAN?

oke..nk minum COCONUT shake nih..wallahua'lam=).

Saturday, March 14, 2009

Ade cadangan?

BISMILLAH

Hmm..adik perempuan (tingkatan 2) si penulis begitu liat ingin mendirikan solat, suke melawan ckp ibu bapa, suke akan hiburan(dunia artis), dan seringkali berprasangka buruk, ske makan(ini tkpe kot)..

Soalnye..si penulis sbg seorang abang apekah cara yg berkesan bg mengatasi masalah si adik tadi? Mintak ilham sikit..

Si penulis juga berharap sahabat² akan mendoakan supaya hati adiknya lembut untuk menunaikan segala perintah ALLAH termasuk diri penulis sendiri..

Bukan niat untuk memburukkan adik sendiri, si penulis percaya pada sahabat² yang sama sekali tidak akan menjaja cerita ini kemana-mana dengan harapan sahabat² mampu memberikan sedikit suntikan dan galakan serta cadangan yang bernas..

Wallahua'lam

Friday, March 13, 2009

Nothing..

BISMLLAH
Kene tagged ngan Rahman plak..

Use the first letter of your name to answer each of the following questions:-

1. What is your name : Najib b. Mohd Hashim
2. A four letter words : NOSE (kenangan manis dgn hidung)
3. A boy's name : Nyonyu septrangkut (nickname HERO UM).
4. A girl's name : Nur Adilah (nama adik kecik kesayangan).
5. An occupation : Nengineer(hahaha).
6. A color : Noren
7. Something you'll wear : None of your business
8. Something found in school: Nee kari
9. A food : Nasi goreng cempedak (most favaourite)
10. Something found in the bathroom : Nerus gigi
11. A place : National tugu (smgt YOQ)
12. A reason for being late : Nyanyuk
13. Something you'd shout : Nauzubillah
14. A movie title : Nadagascar
15. A musical group : Nujan
16. A street name : Nun sambanthan
17. A type of car : Nersona
18. The title of a song : Negaraku.

Hmm famy, shikin, cami, muaz, danial..

Why or queue?

BISMILLAH

Ape plek je bunyi title tuh..why or queue ataw shortfom nye YOQ..huhu
Ni kate name khas sempena mukhayyam yg br shj dijalankan pd mggu lpas..
Alhamdulillah sgt2 sbb dipilih untuk pergi..

Pengalaman?
-So far rs best sbb..act walaupun ddok selangor..tp tk penah lgsung round2 kt KL nih..

-Yela fes tym in life pegi masjid jamek, daya bumi, taman tasik perdana, planeterium, dataran merdeka, tugu negara(penah pegi skali tym form 2)..Ish malunye..

-Org selangor sume cmni ker?eh..takla..mamat ni je sorg yg tercicir sket..hee..hmm tp yg lbih memalukan bile org tnye jalan kt kite..tp org terengganu yg jwbkan..ini mmg rs terhina sket..hukhuk

-So lpas ni kne amek taw jgak psl selok belok kt KL nih..br snang nk lncarkan perjalanan dakwah..tak gitu?

-Kalo buat filem cm budak kelantan tp tajuk budak selangor..bleyla wat pengajaran supaya taw selok belok jalan2 kt tmpat sndiri..

-Hmm..explorace mmg best..terutamanya mase kt taman tasik perdana..sbb kne menjahit..stakat sembat tuh no hal laa..hoho..(ni cm takbur nih..astghfirullah)

-Tym kt daya bumi mmg tensen sket..sbb dh tghari pon..panasnye lg..laparnye lg..nk solat jumaat lg..tuh sbb mcm tk rasional sket tym tuh(smpai terbeli nasi beriyani kandar)..org len makan jimat je kot..

-Trekking?hmm okelah sbb mcm dh byk kali jer pegi sungai pisang tuh..tp kali ni pegi trekking dgn kaki ayam(bkn ayam sebenar)..kaki tuh byk jgak lobang2 darah..

-Yg plg best pengisian dr Ustaz Kamal dgn Pakcik Lan..mantop..walaupun tym mle2 start tersengguk sket..

-Ini adalah mukhayyam pertama dalam sejarah hidup..n wish more to come..mintak ampun jika ade terlepas ckp tym presentation or ape2 jer..smg ALLAH membalas jasa baik fulan dan fulanah..

Komen?
-Mcm agak membazir sbb peserta sgt sket..kene cek balik..tp sbg hikmah bley mkn lbeh=D..

-Hmm ade buat survey dlm kalangan org yg tk pegi (ikhwah dan akhawat)..dorg kate sebab taktaw tentatif(scr detail) dan tempat mukhayyam sbb tu tk pegi..

-Kebanyakan dh ader prog sendiri..

-Sedikit perkongsian..sebelum dapat manisnye madu..kite kne tempuh pedihnye lebah..jd kalo nk dapat kemanisan berprogram knelah ade self struggle yg ala2 pedih sket(based on exp)..mgkin laen org laen exp..just prkogsian..

-wallahua'lam

Tuesday, March 10, 2009

Salahker..

BISMILLAH

Salahke kalo menyintai dan merindui seseorang? Napelah tetibe rase rindu nih..
(tgh dgar Hanya tuhan yang tahu- UNIC)..tlg nasihat saye pls..=/.

Monday, March 9, 2009

Tagged

BISMILLAH

Apelah men tagged² nih..




And These Are The Tags:
Put Your I-Tunes, Windows Media Player, Etc. On Shuffle.
For Each Question, Press The Next Button To Get Your Answer.
YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
Tag 10 Friends.
Everyone Tagged Has To Do
The Same Thing.Have Fun!



IF SOMEONE SAYS ‘ARE YOU OKAY’ YOU SAY?


Al-Ghashiyah- Syed Ghamidi


(ini bukan lagu nih..)




HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
Caravansary- Kitaro


(apsal sedih sgt music nih..)



WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
Al-Qiyaamah- Syed Ghamidi


(ini pun bukan lagu ek..)



HOW DO YOU FEEL TODAY?
Surgamu- Ungu



WHAT IS YOUR LIFE’S PURPOSE?
Al-Insaan- Syed Ghamidi


(yup untuk menjadi insan yang berguna)



WHAT’S YOUR MOTTO?
Al-Maun- Syed Ghamidi



WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
Matsuri- Kitaro


(ape mksud tajuk lagu pon tkphm..)



WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?


Retak- Ella


(aargh..tidak..ape yg retak..)



WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?


Menanti Di Barzakh- Far East


(Astaghfirullah..tetibe rase nk nanges.. Ya ALLAH ampunilah aku yg kotor dgn dosa ini)



WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
Al-Bayyinah- Syed Ghamidi


(hmm..lu pikirla sendiri)



WHAT IS YOUR LIFE STORY?
I won't go home without you- Maroon 5


(sape kah die? ****)



WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
I don't love you- My Chemical Romance


(mcm tk kne mengene jer..)

WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
Situasi- Bunkface


(Situasi akan jadi romantik tetibe..bunga² berguguran..angin bertiup sepoi² bahase..jantung berdegup kencang kot..n jd lagi semangat tetibe..ngak2..(^^,)



YOU DANCE AT YOUR WEDDING?
Khushian Aur Gham- MANN


(aduiyh kantoi layan hindustan plak..ni pon tktaw mksud lagu nih..tp mcm sdey jer bunyi..)



WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?


Semua tentang kita- Peterpan


(haa..pa lagi ukhwah laa nih..semua tentang usrah kot..men boling sesame..ice skating..MAKAN²(org blanjew)..maen buaya biawak dan boyak(bg dhany selalu tersasul)..hahaha..insyaallah SEMUA TENTANG DAKWAH)



WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?


Kasih Sayang- Raihan


(Takot tkde org syg kt saye lg..aargh..haa ni kompem takot tkde org nk amek buat suami nih =/.

YOUR BIGGEST SECRET?
Are re are- Dil to pagal hai


(haha..hindustan lagi..)




WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?


Bersatu bersetia berkhidmat- UMNO


(adoy..sape letak lagu nih dalam mp4 samsung saya nih..saye tk minat politik sangat..asalkan ISLAM sentiasa sentiasa dijunjung=).




WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?


Ingkar- Bunga cinta lestari


(hmm no comment..tapi mcm sume ikut je telunjuk=D..heee)




WHAT WILL YOU POST THIS AS?


Bubbly- Colbie caillat






nak tagged sape ek?
-muaz famy danial nuruddin syahir dhany syafiq pady asmaa hamizah rahman-
(kalo rase buang mase abaikan jer..huhu)

Sunday, March 1, 2009

PAIN AGAIN

BISMILLAH

"Ai smart-smart nih nakgi mano?"

Roommate yg berasal dr terengganu itu seperti biase menegur..die nih mmg ske gune bhs negeri die kalo berckp..ajar² mcm istilah baru..n plg kelakar bile die mengajuk ckp org Utara..hmm kat bilik nih dh mcm² rojak bhse loghat..

"ho laa..kito kne smart kalu nok gi exam..baru mangak!"

Haa..si penulis pon taknak mengalah..n cbe mempraktikkan percakapan org trgganu..n sambil meneruskan perbualan..penulis cbe mencapai tali pinggang dan terus menyarungkannya..namun ade sedikit masalah..lubang yang ditebuk pd tali pinggang tidak mencukupi menyebabkan tali pinggang agak londeh(ke mmg penulis semakin slim?=D.)

"Aduiyh..londeh laa tali pinggang ni..sape ade penebuk ek?"

Pertanyaan tadi tidak dilayan oleh roommates lain yg sdg khusuk menonton berita sukan di kaca televisyen(TV ni diseludup masuk ke dlm bilik)..

Hmm..si penulis cube untuk menggunakan kreativitinya apabila melihatkan tiada sape yg memiliki penebuk tali pinggang.. Lantas menuju ke meja mencari barang yang tajam..

"Gunting!bley kot.."

Desis penulis di dalam hatinya..ketebalan tali pinggang tersebut mmg agak menyukarkan kerja² menebuk lubang..sedang khusuk memerah keringat..tiba² gunting yg digunakan tadi tergelincir dr tangan..ZASSSTT..

"Aww..aduh..weyh tlg² sape ade tisu?"

Teman² sebilik masing tercengang melihat lelehan darah yang deras sehinggakan hampir penuh ditakung oleh tangan kanan si penulis..masing² tidak mempunyai kain balut untuk menutup darah yang mengalir..

Si penulis terus berkejaran ke bilik air dan terus membasuh luka tadi..namun darah tidak lekang dr terus mengalir..sebaik shj melangkah ke bilik seorg teman memberikan kain lapnye untuk menutup luka tersebut bg mengelakkan kehilangan darah yang byk..

Teman tadi terus membantu membalut jari yang terluka tadi..hmm bila tgk² balik luka tadi..perh dlm tk igt..mgkin kene arteri kot..sebab tuh darah byk sgt mengalir..jari tersebut dibalut berulang² kali untuk mengelakkan darah bocor tym exam nanti..

Aduh..lg sejam jerh nk exam nih..jari pulak hampir putus..dugaan²..nasib baik tangan kiri yg kene..kalo kanan.hmm kene repeat exam la jwbnye..

Sakit.(3x)..mcm upin selalu ckp tuh..hmm..kalo tk caye cube balik amek pisau try hiris jari tuh sampai 1/3..ouch..

Dulu mase dgr ceramah² ade terdengar yg pasal sakit MATI teramatlah sakit..perumpamaan die mcm sakit bila pedang hiris tangan kita sampai putus.. n rasa sakit mati td adelah 100 kali ganda lebih sakit dr hiris tangan tadi..

wow..ade terase tk?haa ni baru terhiris 1/3..aduy.. YA ALLAH ringankanlah beban sakaratulmaut kami nanti..ingat² lah sahabat supaya sentiasa igt akan mati.. kerana MATI sentiasa mengejar KITA dan tidak pernah berehat walau sesaat pun..dan ia semakin HARI semakin HAMPIR..

hmm papepon..tangan sebelah ni dh mcm handicapped sket..minta doakan supaya cepat sembuh.sebaab...ade 2 paper lg lepas nih.. syukur bukan killer subject..

okeh..jari penulis dah berdenyut² suruh berehat..ALLAHUAKBAR