Saturday, November 28, 2009

Questioning

BISMLLAH

Benarkah aku berdakwah?
Atau sekadar alasan..

Benarkah aku mengislah?
Sedang aku tidak mencegah..

Benarkah engkau terkesan?
Walau aku tidak berkata..

Perlukah aku ke sana?
Jika disini belum sempurna..

Bagaimana dengan niatku?
Mungkinkah dicucuk syaitan?

Syurga atau Neraka?
Atau di tengah2?

Jangan tinggalkan aku
Nasihatilah aku..

Jangan bencikan aku
Bencilah pada perbuatanku..

Jangan bersangka buruk padaku
Sedang ia memang benar berlaku..

Doalah padaku
Doa juga padamu


3 comments:

marwan_amz said...

Biarlah dakwah itu pada mulanya menjadi alasan, tapi janganlah selama-lamanya ia menjadi alasan....

Beejan said...

Takut pula alasan yang tak kenaa..

marwan_amz said...

ramai je org yg berdakwah dgn alasan yg pelbagai dan demi kepentingan yg pelbagai, tapi biarlah ianya menjadi permulaan shj, i'A setelah mengalami suatu proses perjalanan yg panjang, alasan yg "x kena" tersebut diharapkan akan bertukar kpd alasan yg "kena"...

Bagaimanapun permulaan kita, kita nk penghabisan kita adalah penghabisan yg baik, tidak ada guna juga mereka yang bermula dengan baik, tapi berahir dgn buruk, umpama kisah Tsa'labah dan kisah2 iktibar yg len...