Monday, May 18, 2009

Teh Zoo Negara

BISMILLAH

Sempena ulang tahun BOH yang ke-80, telah diadakan satu pertandingan yang menawarkan hadiah yang berjumlah hampir RM6000.

Bertempat di Zoo negara pada pukul 11.00 pagi. Acara telah dimulakan dengan beberapa permainan tradisional yang menarik antaranya batu seremban, congkak, gasing piring, guli, mencanting batik serta mewarnanya, dan juga menarik teh tarik(klaka je bunyi).

Kesemua permainan ini wajib dimainkan oleh para peserta sebagai prasyarat untuk ke pusingan seterusnya. Pusingan seterusnya dinamakan sebagai kuiz kemesraan. Kuiz ini bertujuan untuk memilih 8 kumpulan terbaik untuk bertanding pada peringkat akhir.

Soalan-soalan yang diberikan adalah berkenaan tentang permainan tradisional yang telah dimainkan serta berkenaan makanan-makanan(12 booth) di sekitar kawasan. Juga disertakan bersama soalan mengenai TEH BOH.

Masa yang diberikan untuk menjawab hampir 60 soalan adalah selama 30 minit. Para peserta terpaksa bersesak untuk mendapatkan jawapan kepada 60 soalan tersebut yang mana boleh didapati di sekitar pondok makanan dan juga pada brochur yang diberi.

Setelah tamat tempoh 30 minit, peserta diberikan rehat dan makanan yang mana boleh didapati secara percuma di mana-mana pondok makanan.

REFLEKSI

Adoyy..permulaan tanpa perancangan adalah satu kerugian. Strategi adalah sangat-sangat penting. Minda perlu sentiasa bersedia.

Mase dapat kertas soalan, sume tetibe jd blur. Sorang pon tak bagi cadangan cmne nk selesaikan soalan. Maka jadilah kes si pengikut hanya mengikut si pemegang soalan. Yang mana akhirnya menyebabkan masa tidak digunakan secara optimum. At the end, there are so many question yang tak siap. Hampir satu muka.

Selepas hantar kertas jawapan. Masing-masing baru tersedar kesilapan dan juga kelemahan. Baru terpikir nk bahagi-bahagikan soalan pada setiap ahli (4 orang satu kumpulan). That would be much easier rite?

Ini disebabkan keadaan mase tuh mmg cam kelam kabot, orang ramai lari sana, lari sini. Kita pon terikut-ikut tanpa ade perancangan yang sistematik.

Apa nk wat. Bende dah terlepas, yang penting amek pengajaran atas ape yang berlaku. Dakwah juga camtu juga, tak boleh hentam kromo jer, minda kene sentiasa bersedia, perancangan penting, strategi kene ade. Kalo tk cmne orang lain nak terkesan.

Akhir zaman camtu gakla, masyarakat yang rosak akan mempengaruhi kita, kalo takde persiapan rapi sewaktu nk mencampuri mereka. Haa..padah..berhati-hatilah yer para DAIE..

Aderh..habis je makan. Msg2 dh tau yang tk mgkin dapat msuk peringkat akhir. Sume frust tk dpt berjuang hgga ke saat akhir untuk mendapatkan hadiah yang ditawarkan.

Jadinya, kami pun berjalan di sekitar zoo negara melihat-lihat haiwan2 yang ada.haha. Naseb bek msuk zoo negara free. Tak menang pon takpela. At least ade tarbiyyah berharga yang ALLAH nk tunjukkan=).

Selesai berjalan di Zoo negara, kami pon ke Hospital berhampiran Great Eastern untuk melawat sahabat yang ditahan disebabkan H1N1..hehe takdelaa..denggi jer..sian die. Semoga cepat sembuh.

*Actually ade wat preparation b4 pegi, kita pon carilah maklumat pasal zoo negara siap lukis map tuh. Unfortunately 4 us, soalan kua pasal TEH BOH plak, adoyy..

*Baru igt nk blanje sume orang kalo ditakdirkan menang=D.

*Hmm kalo sempat tgkla TV 9 hari isnin malam 18 MAY, pkol 8.30-9.00 mlm. Kua TV tuh, di-intebiu. Hakhak.

WALLAHUA’LAM.

10 comments:

fahmi faudzi said...

huu.. pasal mende ni la tak dpt p ice skating....ai~ seb bek nodi pon de hal... eh kuar tv ke.. mantap!! ko mesti cam neves2+bangge ek..haha..

Beejan said...

hahak..bolelaa..besnye hang ade broadband kt bilik..

MuaZainaL said...

bestnye g zoo negara...!
aku nk g zoo...!
aku nk g zoo...!
aku nk g sangat²...!
hahahaha...!

Beejan said...

meh ar..ajk bdak kuantan skalik=P.

MuaZainaL said...

xleh...
xmolek...
lg pun...
mn boleh...!
hahaha...!
xbest ...

Mu'az (Al-thaarique) said...

Zoo... nak sgt rasanya bela anak rimau putih sekor.

Beejan said...

aii..nk bela rimau plak..tp knape yg putih..apsal tanak yg gelap ker..

rue_3tee said...

pk dlu sblm betindak..

Mu'az (Al-thaarique) said...

kenapa yg putih? sbb fluffy best maen dgn anak rimau. jinak kkan dia...

have a look.

http://www.youtube.com/watch?v=rkglYMYbyeo

also the song dedicated to someone. far away...hah

Beejan said...

marwan cm singa ker? hahak..bapak rndu singa tuh kt penjaga die dulu