BISMILLAH
Kate orang ke pepatah arab, Baiti Jannati..
Maksudnye, Rumahku Syurgaku. Alangkah bestnye kalo betul macam tuu.
Syurga, kediaman indah impian setiap insan, tak terjangkau dek akal kehebatannya. Tempat balasan bagi mukmin yang beriman. Kekal abadi selamanya.
Rumah, tempat tinggal manusia. Mungkin tiada bagi yang kurang. Yang terlebih mungkin gembira . Hidup bersama selagi upaya. Kadang terlupa kadang teruja.
Bagaimana rumah mahu jadi syurga?
Jika al-Quran tidak bersuara, sunnah tidak berjaga, solat bersahaja, dosa disini sana, hiburan setiap masa, mana mungkin rumah jadi syurga.
Quran dan hadith selalu dibaca, solat jemaah bersama-sama, hiburan sekali sekala, sunnah sedaya upaya, mungkin juga rumah jadi syurga.
Mari jadikan rumah jambatan ke syurga, penghalang ke neraka, baru bole sebut BAITI JANNATI..
*Balik umah jer...hmm..
*Mahallati Baiti Jannati
WALLAHUA'LAM
1 comment:
the bst place in this world..home sweet home
rumahku syurgaku~
makanan nak ada..hiburan nak ada..ilmu nk,ada..
sebab tu rumah diibarat syurga..nak kasih sayang pun ada..cuma pangkat rendah la dr the real heaven..heaven in this world only..
Post a Comment