Monday, June 22, 2009

Abeeday

BISMILLAH

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

*Selamat Hari Abah

4 comments:

izas said...

wahh..sajak ciptaan sendiri ke nih?
bagus2..anak yg baik
owh, btw nak ym id kan?
izasmaa@yahoo.com

utrujah said...

jangan tertipu. tteeettteeett. ni lirik lagu lafaz yang tersimpan. sangat touched bila dengar. lagi touched bila tgok video kbm. hu. touched+insaf=nanges..ye ke?

auz88 said...

haha..da tngk da video kbm tu(tp xtau la kalu ade yg len lg)mmg touching..

Beejan said...

kbm bukan byk ker? ke ni video versi yg buat kt ADNI dlu?