Tuesday, April 26, 2011

Taaba'a

BISMILLAH

Situasi 1

Emak suruh pergi kedai beli barang dapur sekian-sekian. Bila dah sampai di kedai dah tak ingat nak beli barang ape. Sebab tu ler lain kali nak kene buat list.



Situasi 2


Pergi kelas belajar subjek sekian-sekian. Dalam kelas cuba fokus, dan faham. Balik dari kelas tak buat ulangkaji. Minggu depan ada ujian tak bole jawab sebab dah tak ingat nak buat mcm mane.


-gambar hiasan-

Situasi 3

Pergi gymnasium nak workout. Sebab dah lame x workout, so on that particular day buat banyak-banyak exercise. Angkat yang berat-berat. Berjam-jam lamanya. Sekali besok satu badan sakit-sakit. Lepas tu sebulan tak workout balik..



Situasi 4

Kata nak jadi businessman berjaya. Tapi kira-kira tak mahir. Belajar pun malas. Asyik nak rasa senang jer, susah tak nak rasa langsung. Orang lain nak tolong tak sudi. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Nampak beno menipunye.



Kesimpulan

1.
Orang suruh buat mutabaah amal, tak nak buat. Takut riak la, takut bangga la, takut tak buatla. Last-last langsung tak terjaga amal soleh. Sebab tak buat list tadi jadila orang yang lupa nak beli apa kat kedai tadi. (Lalai)

2.
Dengar nasihat dah berbakul-bakul tak termasuk lagi ceramah-ceramah agama dan program-program Islamik. Tapi bila balik tak praktikkan, mcm mane nak lepas ujian menjadi 'dai'e' ni..so sama la mcm student yg takleh jawab ujian tu..(Malas)

3.
Buat mutabaah amal janganla berat sangat, ikutla kemampuan diri sendiri. Tambah sikit-sikit. Yang penting istiqamah tu. Ini buat banyak-banyak satu hari lepas tu langsung dah xbuat jadila mcm org yang pergi gymnasium tadi. (Capability)

4.
Dalam hati ada niat nak jadi a good muslim. Bila orang ajak solat bagi alasan. Lepas tu selalu bertangguh kate nak enjoy dulula tua nanti baru insaf. Sikit pun tak nak berkorban. Nak tambah ilmu agama langsung takda usaha. Mmg tak beriman la kalo camni, so jadila mcm 'bussinessman' tadi..niat je lebih (Sembang lebat).


Kata mutaaba’ah berasal dari kata taaba’a. Kata ini memiliki beberapa pengertian. Di antaranya, tatabba’a (mengikuti) dan raaqaba’ (mengawasi). Dengan demikian, kata mutaaba’ah bererti pengikutan dan pengawasan.

Yang dimaksud dengan mutaaba’ah sebenarnya adalah mengikuti dan mengawasi sebuah program agar berjalan sesuai dengan yang direncanakan. Kata mutaaba’ah sama dengan kata pengendalian di dalam konsep pengurusan.

So mutaaba'ah amal ialah senarai amal-amal yang perlu diawasi dan diikuti mengikut persetujuan dan kemampuan masing-masing.

Jadi marilah sama-sama kita buat balik mutaaba'ah amal kita ikut kemampuan diri sendiri dan try your best untuk sempurnakannya.



*Sabor jelaa..

WALLAHUA'LAM

4 comments:

Danial Izzat Zulbahari said...

buat mutabaah takut riak?haha
ada lak yg macam tu eh.. ^_^

taknak lg la buku Abg Moja tu bersih lg. ^_^

nadia rusli said...

superb!

Rue said...

lets organize ourselves and be productive~

Beejan said...

Ya Allah sukarnya untuk menjaga amal ini..

Semoga Allah permudahkan antum untuk menjaga amal masing-masing..