Friday, December 4, 2009

Saya Sayang Saya

BISMILLAH

Benarkah saya sayang saya?
Otak bijak bijak.
Akal panjang panjang.
Amal sikit-sikit.

Benarkah saya sayang saya?
Peluang banyak-banyak.
Ilmu sepah sepah.
Iman turun naik.

Benarkah saya sayang saya?
Main lama lama.
Solat lambat lambat.
Hati cerah gelap.

Benarkah saya sayang saya?
Quran habuk habuk.
Zikir kelam kabut.
Sunnah kelip-kelip.

Benarkah saya sayang saya?
Tulis tulis selalu.
Baca hari-hari.
Sedar kejap kejap.

Benarkah saya sayang saya?
Dengar kiri kanan.
Hafal depan belakang.
Faham faham lupa.

Benarkah saya sayang saya?
Dakwah macam biskut.
Usrah lambat lambat.
Program lari lari.

Benarkah saya sayang saya?
Seronok tiap jam.
Korban sekali sekala.
Maut maut luka.

Benarkah?

WALLAHUA'LAM

Tuesday, December 1, 2009

am see queue

BISMILLAH

20 November 2009 bertempat di kem Batang Kali..di situ tempat berlangsungnya mukhayyam Karisma UIA Gombak baru-baru ini..

Dahla dtg lewat pastu bole plak balik awal..Hmm..dapat msuk kumpulan hijau (tiada kena mengena dgn politik warna).. Amat teruja dengan perlantikan kem komanden yang baru(yang lamenye dh serik=D).

Cuti yang banyak menduga dapat juga diisi dengan satu aktiviti yang berfaedah.. Mukhayyam kali ni best sbb ade xtvt flying fox, river crossing, dan repelling..

Dapat lepak ngan ikhwah merupakan satu nikmat yang besar juga..tapi bila dah lepak sekali mcm2 kluar..hoho

Committee pon byk muka baru..tahniah moga terus istiqamah.. Walaupun diberikan khemah untuk berehat tapi nape tidur dalam kerete?

Rase bersalah sebab tinggalkan mukhayyam sehari lebih awal..dan akibatnya gulingan maut hud terpakse dilakukan..

Satu permainan baru dipelajari--->Mafia Wars(bkn versi internet).. Kem komanden memang pandai berlakon mafia(duduk seblah je pon)..

Bengang sebab setiap kali m
esti mafia yang menang..adeh..Pastu terlepas lakonan mantap akh sani..

Cuma ada sahabat yang tk pergi mukhayyam bagitau supaya spread maklumat mukhayyam lebih awal..

So lain kali kalo ade mukhayyam sila gagahkan diri anda untuk pergi even untuk sehari jer..haha



*Adeke ru
pa cmni orang kate mafia..
*Ade dua tentera join mukhayyam kali ni..

WALLAHUALAM