Tuesday, July 21, 2009

Biar kn siswa..

BISMILLAH

Hmm..jom isi borang biasiswa..

-UMW
-BANK RAKYAT
-JPA

Byk bende nk kne urus..signature dean laa, transkrip laa,,mcm2.. Harap2 dapat..
Doakan..

Kalo boleh tanak amek PTPTIPU..

*Abes duet bli buku dan alat2 tulis..
*Jom puasa..

Friday, July 10, 2009

Dunya

BISMILLAH

Diriwayatkan oleh
Abu Hurairah r.a

Rasullullah s.a.w bersabda, mafhumnya " Ingatlah bahawa DUNIA itu dilaknat dan apa yang ada setiap padanya juga dilaknat melainkan zikrullah dan juga orang yang a'lim"

Namun ia tidak bermakna dunia harus ditinggalkan demi mengejar akhirat sahaja. Firman ALLAH s.w.t dalam surah al-Qasas:77

"Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan ALLAH kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bagianmu di dunia..."

Dunia yang dikatakan laknat apabila sesuatu perkara itu dibuat menyebabkan manusia lalai daripada mengingati ALLAH.

Tidak salah untuk kita mengejar bagian kita di dunia. Namun awas jika ia menyebabkan kita terlalai daripada mengingati ALLAH s.w.t

Dan apa yang lebih baik itu adalah Zikrullah dan juga golongan a'lim iaitu golongan yang berilmu, bukan sekadar mempunyai pengetahuan luas malah turut mempraktikkannya.

Diriwayatkan oleh Tirmidzi;

Rasulullah s.a.w bersabda "Orang yang hatinya suka mencari ilmu tidak akan dilaknat oleh ALLAH"

Dalam hadith yang lain;

Rasulullah s.a.w bersabda "Tuntutlah ilmu sejak dari kecil lagi sehingga ke liang lahad"

Begitu tinggi martabat orang yang suka mencari ilmu dan mempraktikkan ilmu yang dimiliki.

Ada empat golongan level yang sering dikaitkan dengan ilmu, yang utama ialah golongan yang mengajar.

Golongan ini suka untuk menyampaikan walaupun sedikit ilmu yang ada pada dirinya kerana pada dasarnya seseorang yang mempunyai ilmu WAJIB untuk menyampaikannya pada orang lain.

Golongan yang kedua ialah golongan yang belajar. Golongan ini serius dalam menuntut ilmu.

Golongan ketiga ialah golongan yang mendengar. Mereka biasanya suka menghadiri ceramah2 namun tidak akan menyalin apa yang disampaikan. Walaupun begitu, mereka ini adalah lebih baik daripada golongan yang keempat.

Golongan keempat ini tidak langsung mengambil kisah untuk mencari ilmu. Mereka suka meletakkan diri mereka dalam zon selesa. Kebiasaannya mereka adalah jenis yang suka berhibur.

*Kita dimana?
*Jom ILMU..

Thursday, July 9, 2009

Ujian

BISMILLAH

Keredhaan hati menuntun pada kekuatan bukan kelemahan. Mengakui kesalahan dan melakukan perubahan pada kesalahan adalah bentuk tertinggi dari penghormatan pada diri sendiri.

Kadang2 manusia itu lupa pada kelemahan diri..merasa hebat tanpa disedari..tiada pendapat lain dalam diri..hanya yang betul kata2 sendiri..


Kadang2 manusia itu ego bila berjuang,terasa diri dah terlalu banyak pengorbanan..tapi dia x perasan..dia hanya syok sorang2..

Jangan kata kita berjuang,kalau belum ada sebarang ujian..jangan kata itu ujian kalau tak terjejas hati dan badan

*Susah
*Copy n paste

Thursday, July 2, 2009

Don't fight

BISMILLAH

Buat sape yg terbace post ni..plsla..tlgla jangan gado..jangan gado jangan gado..Tksuke tgk org gado..gajah sama gajah berlawan pelanduk mati tersepit di tgh2..

*Taktaw nak ikut sapenye order