BISMILLAH
(Ni kne pejam mata,pastuh kne bayangkan betol²)
1. Matahari terik memancar, kaki letih melangkah..peluh menitis-nitis..aduh.tekak seperti tanah kontang...letihnya..
Bayangkan dalam keadaan kehangatan tadi datang seorang memberikan segelas air buah yang sejuk dan nyaman..dari mulut mengalir ke kerongkong..perh tersangat nikmatnya..
Kan bagus kalo kita rasa nikmatnye bersolat rasa seperti itu..tatkala mengambil wudhu' terasa seperti dibelai-belai oleh kedinginan air yang suci lagi bersih..
Seolah-olah anggota badan terasa segar untk menghadap ALLAH same seperti kesegaran setelah meneguk air buah yang sejuk tadi..
2. Keletihan menyiapkan projek dan kerja rumah serta assignment ditambah pula dengan kekebasan dan lebam setelah bermain bola petang tadi, seakan-akan ingin tercabot kedua-dua belah kaki..mata kemerahan dan mulut tak henti² menguap..
Tiba-tiba datang seorang sahabat menyorongkan bantal seakan-akan memahami keinginan yang menggunung untuk melelapkan mata..Ya ALLAH nikmatnye tidur..dibelai pula oleh angin nyaman tatkala cuaca di luar kelihatan hujan..
Kan bagus kalo kita rasa nikmatnye bersolat rasa seperti itu..tatkala sedang ruku' melegakan kesengalan di bahagian lutut kaki..dan sejurus kemudian disertai dengan SUJUD..apabila dahi menyentuh kelembutan bumi ALLAH..
Seolah-olah ALLAH sedang membelai kita dan hati berasa begitu lapang dengan denyutan nadi dan pernafasan yang sangat selesa sama seperti nikmatnya kita tidur dalam kepenatan setelah bermain tadi..
3. Tekanan kerja rumah yang berlambak, ditambah pula dimarahi oleh lecturer sewaktu kelas tadi dan jalan yang sesak di ruang jalan di hadapan pejabat memang cukup untuk menyebabkan emosi menjadi tidak stabil..
Namun, sesampai sahaja di bilik kedengaran lagu-lagu yang sungguh ceria melodinya, ditambah pula dengan kelunakan dan kemerduan suara vokalisnya(nikmatnye)..memang sejuk balik hati yang emosinya tidak stabil sebentar tadi..
Kan bagus kalo kita rasa nikmatnye bersolat rasa seperti itu..sedang kita membacakan ayat-ayat suci al-quran..sepatah demi sepatah kita memahami apa yang dilafazkan
Disertai pula dengan iringan bacaan yang berlagu dan mendayu seolah-olah setiap maksud ayat-ayat terbayang-bayang di hadapan mata..
Hati yang keras pun boleh luluh menyelami kehebatan ayat-ayat al-quran yang dilafazkan dengan penuh keikhlasan dan kemerduan sama seperti kita mendengar lagu tatkala kita dalam keadaan tertekan sebentar tadi..
4. Keindahan bersama sahabat-sahabat diselangi oleh gelak tawa yang manis..terkenang kembali saat-saat bersama rakan-rakan ketika di sekolah dahulu..sehingga kadang-kadang tersenyum keseorangan teringat gelagat-gelagat ketika duduk di asrama dahulu..
Dan kini diganti pula dengan sahabat yang lebih mengambil berat, saling membantu, bermain bersama, berduka bersama, beraya bersama, dan mengulangkaji pelajaran bersama..dan semasa berbuka puasa saling bertukar makanan memang sangat-sangat terasa nikmatnya berukhuwah itu..
Kan bagus kalo kita rasa nikmatnye bersolat rasa seperti itu..setiap waktu bersolat secara berjemaah sambil kaki bersentuhan antara yang laen, bahu bertemu bahu, saling bersentuhan, dengan saf yang tersusun lurus dan rapat..
Seolah-olah kita bergerak seiringan dalam beramal, mmg terasa kesatuan dalam ISLAM itu sendiri, dan ketika ini tiada kuasa lain yang mampu memisahkan ikatan-ikatan persaudaraan yang terbina melainkan ALLAH S.W.T..
Kenikmatan dalam kesatuan sewaktu bersolat itulah seperti nikmatnya kita bersahabat dan berukhuwah sebentar tadi..
5. Wahai teman jika kita bisa menjadikan hobi kita sebagai perkara yang paling digemari mengapa tidak solat kita seperti itu..
Menjadikan kerinduan untuk bertemu dan menyembah ALLAH sebagai satu kenikmatan yang sangat dinanti-nantikan..sama²lah kita berusaha ke arahnye..
Wahai teman jika kita bisa terleka dengan bermain game dan sebagainya, mengapa tidak solat kita akan menjadikan kita terleka sebentar dengan dunia fana..
Datanglah bersolat dengan hati yang penuh ikhlas..seolah-olah segala masalah kita akan selesai dengan solat..
Janganlah kita terkejar-kejar masa dengan mempercepatkan solat kita tadi..sujud dan ruku' lah..dengan penuh tama'ninah..dalamilah maksud bacaan solat kita..
Ambillah sedikit masa untuk bermunajat selepas solat..menunjukkan betapa bersyukurnya kita kerana ALLAH masih memilih kita untuk bersolat..
Selagi hayat dikandung badan jadikanlah solat sebagai hadiah paling bermakna dari kita untuk ALLAH S.W.T..kerna solatlah perkara pertama yang akan dinilai..
Nampak macam remeh..belum cuba belum tahu kan..kalaulah kita rasa solat tuh sangat nikmat..hmm memang masjid takkan dihiasi oleh kipas dan lampu yang lebih banyak daripada manusia..
Insyaallah mari bersama doa supaya dikurniakan kenikmatan ketika bersolat..

ALLAHUAKBAR..
2 comments:
salam..
weys pakcik..
mcm mner nk bc klu pjm mata!!
huhu
aa btol2.. igt aku jek prsan
Post a Comment