Saturday, January 31, 2009

PAIN

BISMILLAH

"Medik², his got bleeding,"..

Mate terpejam, air mata mengalir deras, nafas tercungap-cungap, hidung terase basah, tekak bagaikan pecah. Terdengar suara orang ramai cemas melihat sesuatu..

"1,2,3 angkat,"..

Hujan yang lebat bertukar menjadi gerimis, suasana kecoh seketika. Hati hanya mampu berserah. Terbayang seketika tentang ajal, ibu bapa, sahabat. Tp keadaan yang kritikal menyebabkan pemikiran menjadi bercelaru.

"Kamu, name sapa?"..

Masih dapat memperkenalkan diri, walaupun dengan nada suara yang masih tersekat di kerongkong. Pelbagai soalan dilemparkan, namun hanya sedikit yang mampu dijawab. Kelibat² manusia bertambah. Ada antara yang dikenali, namun sedikit kabur penglihatan..Dengan penuh kekuatan cuba mengenalpasti sesiapa yang berada di sekeliling.

"Call ambulans sekarang!!"..

Darah melimpah² keluar, ais diletakkan di kanan hidung. Pegawai bertugas cuba menenangkan keadaan..dalam keadaan yang kritikal, tubuh badan dicuba untuk ditegakkan..darah masih tidak berhenti..tuala putih bertukar jd merah gelap..dalam keadaan terpaksa dipimpin untuk sampai ke IIUM clinic..malang doktor tiada..


"Awak bersabar ek, kejap lagi security datang,"..

Seketika di atas katil di klinik, dengan kesejukan yang sampai ke tulang. Hembusan nafas menghampiri paras kestabilan. Ais tidak lekang dari tapak tangan. Sedikit demi sedikit mata di buka.Kelopak mata basah, mata kelihatan agak sepet. Memandang kiri dan kanan. Jururawat sedang sebok berbicara dengan pegawai bertugas..

Kedengaran telefon berdering, jururawat bergegas menjawab. Doktor di IIUM gombak dalam perjalanan katanya. Tak sampai 5 minit kemudian security bertugas sampai dan terus menghantar ke hospital berdekatan PPUM.

"Kau okey?Team kita dah menang. Takpe sket jer tuh,"..

Kelihatan pemain2 sepasukan datang ke van IIUM memberi semangat untuk terus sabar menghadapi kesakitan. Setelah mendengar berita kemenangan, ada sedikit sinar kegembiraan di dalam hati walaupun tidak dapat menyumbang tenaga setelah pelanggaran yang berlaku di awal minit permainan tadi.

Setelah hampir 2 jam setengah menunggu giliran di hospital, barulah berpeluang berjumpa doktor. Betapa peritnya menahan kesakitan. Benar kata orang menunggu itu sesuatu yang pahit. Sabaar..

"Are u Okey?"

Doktor meneruskan konsultansinya, bertanya sebab musabab kejadian. Dari Doktor sakit puan hinggalah ke pakar, masing2 bertanyakan pendapat. Setelah dikenalpasti kecederaan.Tibalah masa yang ditakuti. Ruang masuk ke bilik rawatan cukup menggerunkan. Melihatkan jarum yang sebesar itu, penagih dadah pun lintang pukang.

Bius diberikan. 6 suntikan kesemuanya. Semuanya disasarkan di bahagian hidung. Hidung yang tadinya tidak kelihatan seperti hidung akan dikerjakan oleh doktor tersebut. Jarum yang sebesar itu tadi lantas ditusukkan ke dalam lubang hidung. Hendak meraung tidak kesampaian kerna air mata yang mengalir sudah cukup untuk menghilangkan segala tenaga. Mata kembali sembab, merah seperti darah.

Keadaan cukup menyiksakan, bagaimanakah pula rasa sakitnya nanti bila mati? Beginikah sakitnya?atau lebih teruk lagi? Sedang doktor baru selesai meratah hidung tersebut menggunakan jarum. Permukaan muka habis basah dicampuri dengan darah yang berketul-ketul, air mata dan peluh yang meleleh.

Hidung yang disangkakan sebentar tadi telah berhenti pendarahannya kembali membuak dengan tompokan darah hitam pekat. Kemudian doktor memasukkan 2 batang besi sebesar jari kelingking ke dua-dua belah hidung sedalam-dalamnya. Sakiitt...kemudian doktor menggunakan besi tersebut untuk menolak tulang hidung yang telah patah tadi.

Aduh..cmni ke rasa bersalin? hanya ALLAH yang tahu..ketulan darah terus memenuhi mulut. Bekas di tepi mulut penuh dengan lendir bercampur darah yang telah dimuntahkan. Kraak..kedengaran bunyi pergerakan tulang..Kesejukan tidak dihiraukan lagi. Tangan menggenggam erat selimut di katil menahan kesakitan yang datang.

Datang lagi seorang doktor berwajah eropah, berganding bahu bersama doktor yang tadi untuk menolak tulang hidung yang patah. Kraak..kali ni bertambah kuat. Yang mampu dilakukan hanyalah menangis tidak berlagu. Mata seakan berat untuk dibuka.kepala bertambah pening. Semuanya menjadi gelap seketika..

Kelopak mata dibuka perlahan-lahan

"Hm your nose is even better rite now, "..

Dengan kudrat yang masih ada, perlahan berjalan ke sinki berhampiran. Setelah membersihkan segala basahan dan kotoran. Doktor memberi sedikit semangat dan arahan yang perlu dilakukan selepas ini. Darah dari hidung masih tidak berhenti-henti keluar. Terpaksa ditahan menggunakan kain kapas.

Dalam fikiran hanya ade satu..CERMIN!!..selesai mendengar nasihat daripada doktor, lantas ke tempat mengambil ubat. Tatkala melintasi ruang menunggu, dirasakan seperti sorang artis sedang melakukan persembahan di atas pentas, begitu banyak mata yang memperhatikan dengan pelbagai riak wajah..

Tanpa mempedulikan mereka, terus ke tempat mengambil ubat. Dalam 10 minit selepas itu van IIUM selamat sampai untuk menghantar kembali pulang ke IIUM.

Terngiang-ngiang lagi dialog doktor tersebut..

"Your nose is okay rite now, but we have to check again on wednesday morning. If we find that your nose is not straight enough, then we have to break your nose again and then put it at right place"

Perh..kalau SUPERMAN pon tak sanggup nak buat... tapi alhamdulillah akhirnya hidung kembali lurus..rasanya dah macam trauma jer nk maen rugby lepas nih..

Cerita di atas berlaku pada hari sabtu bertempat di padang IIUM pada pukul 1.50 petang..

Sesungguhnya setiap yang ALLAH lakukan pasti ada hikmah di sebaliknya. Semoga ALLAH menyembuhkan kecederaan ini secepat mungkin.

Sian mamat nih..hmm mungkin ni kafarah daripada ALLAH..insyaallah..

ALLAHUAKBAR



1 comment:

fahmi faudzi said...

alahai.. siannye mamat tuh.. da la tak dpt g training basket ek malam uh.. tp takpe sume tu ade himahnye ek?