Saturday, January 31, 2009
PAIN
"Medik², his got bleeding,"..
Mate terpejam, air mata mengalir deras, nafas tercungap-cungap, hidung terase basah, tekak bagaikan pecah. Terdengar suara orang ramai cemas melihat sesuatu..
"1,2,3 angkat,"..
Hujan yang lebat bertukar menjadi gerimis, suasana kecoh seketika. Hati hanya mampu berserah. Terbayang seketika tentang ajal, ibu bapa, sahabat. Tp keadaan yang kritikal menyebabkan pemikiran menjadi bercelaru.
"Kamu, name sapa?"..
Masih dapat memperkenalkan diri, walaupun dengan nada suara yang masih tersekat di kerongkong. Pelbagai soalan dilemparkan, namun hanya sedikit yang mampu dijawab. Kelibat² manusia bertambah. Ada antara yang dikenali, namun sedikit kabur penglihatan..Dengan penuh kekuatan cuba mengenalpasti sesiapa yang berada di sekeliling.
"Call ambulans sekarang!!"..
Darah melimpah² keluar, ais diletakkan di kanan hidung. Pegawai bertugas cuba menenangkan keadaan..dalam keadaan yang kritikal, tubuh badan dicuba untuk ditegakkan..darah masih tidak berhenti..tuala putih bertukar jd merah gelap..dalam keadaan terpaksa dipimpin untuk sampai ke IIUM clinic..malang doktor tiada..
"Awak bersabar ek, kejap lagi security datang,"..
Seketika di atas katil di klinik, dengan kesejukan yang sampai ke tulang. Hembusan nafas menghampiri paras kestabilan. Ais tidak lekang dari tapak tangan. Sedikit demi sedikit mata di buka.Kelopak mata basah, mata kelihatan agak sepet. Memandang kiri dan kanan. Jururawat sedang sebok berbicara dengan pegawai bertugas..
Kedengaran telefon berdering, jururawat bergegas menjawab. Doktor di IIUM gombak dalam perjalanan katanya. Tak sampai 5 minit kemudian security bertugas sampai dan terus menghantar ke hospital berdekatan PPUM.
"Kau okey?Team kita dah menang. Takpe sket jer tuh,"..
Kelihatan pemain2 sepasukan datang ke van IIUM memberi semangat untuk terus sabar menghadapi kesakitan. Setelah mendengar berita kemenangan, ada sedikit sinar kegembiraan di dalam hati walaupun tidak dapat menyumbang tenaga setelah pelanggaran yang berlaku di awal minit permainan tadi.
Setelah hampir 2 jam setengah menunggu giliran di hospital, barulah berpeluang berjumpa doktor. Betapa peritnya menahan kesakitan. Benar kata orang menunggu itu sesuatu yang pahit. Sabaar..
"Are u Okey?"
Doktor meneruskan konsultansinya, bertanya sebab musabab kejadian. Dari Doktor sakit puan hinggalah ke pakar, masing2 bertanyakan pendapat. Setelah dikenalpasti kecederaan.Tibalah masa yang ditakuti. Ruang masuk ke bilik rawatan cukup menggerunkan. Melihatkan jarum yang sebesar itu, penagih dadah pun lintang pukang.
Bius diberikan. 6 suntikan kesemuanya. Semuanya disasarkan di bahagian hidung. Hidung yang tadinya tidak kelihatan seperti hidung akan dikerjakan oleh doktor tersebut. Jarum yang sebesar itu tadi lantas ditusukkan ke dalam lubang hidung. Hendak meraung tidak kesampaian kerna air mata yang mengalir sudah cukup untuk menghilangkan segala tenaga. Mata kembali sembab, merah seperti darah.
Keadaan cukup menyiksakan, bagaimanakah pula rasa sakitnya nanti bila mati? Beginikah sakitnya?atau lebih teruk lagi? Sedang doktor baru selesai meratah hidung tersebut menggunakan jarum. Permukaan muka habis basah dicampuri dengan darah yang berketul-ketul, air mata dan peluh yang meleleh.
Hidung yang disangkakan sebentar tadi telah berhenti pendarahannya kembali membuak dengan tompokan darah hitam pekat. Kemudian doktor memasukkan 2 batang besi sebesar jari kelingking ke dua-dua belah hidung sedalam-dalamnya. Sakiitt...kemudian doktor menggunakan besi tersebut untuk menolak tulang hidung yang telah patah tadi.
Aduh..cmni ke rasa bersalin? hanya ALLAH yang tahu..ketulan darah terus memenuhi mulut. Bekas di tepi mulut penuh dengan lendir bercampur darah yang telah dimuntahkan. Kraak..kedengaran bunyi pergerakan tulang..Kesejukan tidak dihiraukan lagi. Tangan menggenggam erat selimut di katil menahan kesakitan yang datang.
Datang lagi seorang doktor berwajah eropah, berganding bahu bersama doktor yang tadi untuk menolak tulang hidung yang patah. Kraak..kali ni bertambah kuat. Yang mampu dilakukan hanyalah menangis tidak berlagu. Mata seakan berat untuk dibuka.kepala bertambah pening. Semuanya menjadi gelap seketika..
Kelopak mata dibuka perlahan-lahan
"Hm your nose is even better rite now, "..
Dengan kudrat yang masih ada, perlahan berjalan ke sinki berhampiran. Setelah membersihkan segala basahan dan kotoran. Doktor memberi sedikit semangat dan arahan yang perlu dilakukan selepas ini. Darah dari hidung masih tidak berhenti-henti keluar. Terpaksa ditahan menggunakan kain kapas.
Dalam fikiran hanya ade satu..CERMIN!!..selesai mendengar nasihat daripada doktor, lantas ke tempat mengambil ubat. Tatkala melintasi ruang menunggu, dirasakan seperti sorang artis sedang melakukan persembahan di atas pentas, begitu banyak mata yang memperhatikan dengan pelbagai riak wajah..
Tanpa mempedulikan mereka, terus ke tempat mengambil ubat. Dalam 10 minit selepas itu van IIUM selamat sampai untuk menghantar kembali pulang ke IIUM.
Terngiang-ngiang lagi dialog doktor tersebut..
"Your nose is okay rite now, but we have to check again on wednesday morning. If we find that your nose is not straight enough, then we have to break your nose again and then put it at right place"
Perh..kalau SUPERMAN pon tak sanggup nak buat... tapi alhamdulillah akhirnya hidung kembali lurus..rasanya dah macam trauma jer nk maen rugby lepas nih..
Cerita di atas berlaku pada hari sabtu bertempat di padang IIUM pada pukul 1.50 petang..
Sesungguhnya setiap yang ALLAH lakukan pasti ada hikmah di sebaliknya. Semoga ALLAH menyembuhkan kecederaan ini secepat mungkin.
Sian mamat nih..hmm mungkin ni kafarah daripada ALLAH..insyaallah..
ALLAHUAKBAR
Wednesday, January 28, 2009
National Park
Burung ape? Burung MURAI..
Nih antare committee² yg terlibat
Facy² bidan terjun
Tp tu pon ciplak idea KBM gak..sory akh bhay..huhu. Dorg kne nyanyi lagu Demi Matahari dan Bingkai Kehidupan beserta tarian² yg original tu lar..
Suke plak dorg sume nih nyanyi sambel menari ek..then we provide them with muhasabah session..(pon ciplak idea KBM)..yela prog start sabtu petang..
Bincang pon mlm khames SAHAJE, sbb tuh pengisian a little bit messy..but then ble tgk evaluation form, mostly suke jer slot yg kitorg handle..syukur..
Yang penting dorg dpt amalkan dan terus istiqamah la dgn lagu² tuh..And sedar bhw ape sebnarnye tugas dorg dihantar ke bumi nih..
Side story plak, mmg bestla dapat jejalan kt National Park..dhla yuran murah..Dpat jejalan kt Canopy Walk(which is fes tym), then maen lumbe lari dlm HUTAN(menang tuh), Rapid shooting yg best skali..hahah abes sume basah kecuali Rabbani..yela die dok dpn skali mane ACI..
Depan GUAnye Telinga-Tgh berdiri ats tahi kelawar, tapak tgn pon dh kne sket²-
Tp best laa..sebab dpt parut sket tergelincir kat dlm GUA tuh..hanya ALLAH jer taw cmne pain die..
Yg plek² laa dorg join..punk, rempit, Skin, gothic laa..mehla masuk trend terbaru la nih..join KARISMA ker..haha..
ALLAHUAKBAR
Tuesday, January 27, 2009
Thursday, January 22, 2009
Grand Iftar
Alhamdulillah tadi baru abes prog Grand iftar bersama ikhwah² gombak, murabbi², adek² 1st year, penggerak² UIA deakt annex 102..
4 da Fes Tym rase happy gle tym iftar cmnih..maybe sbb ramai yg dtg..
Tq to adek 1st year yg semakin mesra ngan peggerak..lepas ni antum yg akan mewarisi pimpinan d UIA PJ..semoga lebih baek dr kami..
Program Grand Iftar berlangsung pada hari khamis bersamaan 22Jan 2009 ataw 25 Muharram di annex 102 UIA PJ..
Jumlah kehadiran pada majlis itu lebih kurg 42 org..makanan ditempah dalam 46 org..jadi yg lebih tuh telah dihabiskan oleh Marwan(marketting).
Sebelum majlis berbuke pose dimulakan, ade sdikit pengisian dari Bro.Dhany dengan tajuk PALESTIN nye..mmg sungguh ****** ISRAEL..dengan suapan serba sedikit sejarah susur galur pencabulan hak PALESTIN..semoga terus GAGAH perjuang nasib sedare di sane..
Baru lps pengisian
Selesai pengisian terus solat jamaah maghrib oleh 'adek' Norhaziq(DQ mari), then terus mkn lps tuh..
Selesai mkn, ade sesi bergambar yg jrg² skali dilupakan oleh ikhwah²...
di Tgh² yg paling cOOL=D
So, mari bersame terus berpuase dan mengerat silaturrahim. Dan perjuangkanlah naseb sedare di PALESTIN. ALLAHUAKBAR.
Tuesday, January 20, 2009
BOYCOTT
B = Buy AMERICAN last
O = Only buy if desperate
Y = your responsible
C = Can we?
O = Of course!
T =Then boycott laa
T = Time will decide the result
Monday, January 19, 2009
<3
Who doesn't know I care
I wish I could let her know it
But let it show, I wouldn't dare
I don't want to even risk it
I don't want to even try it
For if she knew I felt this way
I'd feel insecure and shy
I never thought I'd feel this way
I never thought I'd care
There's something in that smile of her
That makes me stop and stare
How can I tell if she likes me?
Will she ever look my way?
I'll keep my feelings hidden for now
And save them for another day
Azam Tahun Baru
Alhamdulillah malam new year hari tuh dpt gak pergi task force..mcm²la perangai manusia yg pelbagai tuh..then edar risalah..tahun ni bagus sket sebab ade byk risalah yg diperbaharui tak panjang berjela-jela mcm dlu lagi..
Yela kalo risalah dh panjang mcm cerpen, sapela nk bace inikan pula remaja..
Baguslah ade perubahan tahun nih..
Tp kali ni pengalaman baru semakin mencabar..mane taknye dlu bese buat kt skitar KLCC jer. Tp disebabkan curiosity yg membuak², tersinggah jap kt bukit bintang.Nah...baru nmpak dunia sebenar..
Ade satu babk tuh dimane bdak² dlm lingkungan sekolh menengah yg 'terkinja-kinja' nih..dorg melakukan rompakan beramai-ramai..sian pakcik yg jual brg² tuh.Pakcik pon jgnla plak jual topi bertanduk plak..apela nk jd kat golongan remaja nih..
Btol kate 'org tuh' pemuda akhir zamn nih bersepah..tp kebanyakkannye mcm buih di lautan. Satu sen pon tk gune ntuk ISLAM..
Syukur dipilih msuk ALLAH ntuk tidak terlibat dlm p'kare nih..Smg terus dberi kekuatan ntuk istiqamah dlm perjuangan..
Azam tahun nih, nk mendekati golongan remaje² nih, ntuk ajk dorg same² berubah and try ntuk selami ape masalh sebnar dorg nih?dan juga buat sahabat terdekat..insyaallah kita same² amar makruf nahi mungkar..ALLAHUAKBAR