Tak kenal maka x cinta. Begitulah ramai orang bermadah. Depa kata sebelum kahwin mesti kenal hati budi dulu baru boleh kahwin. Maybe sebab tu depa dok berkepit kot.
Bagi yang berIMAN pula. Kata mereka kalau x kenal PenCIPTA masakan boleh merasakan cinta pada ilahi. Tapi ini hari, ramai dah kenal PenCIPTA tapi sayang depa lupa nak bercinta.
Haa..yang student..kata mereka kalau belajar x faham memang tak cinta punya. Tapi kalau faham pun kua soalan exam xdapat jawab still x cinta juga..
So, sebnanya kali ni nak habaq mai benda yang kalau kita kenal, memang bagus pun kita xcinta. Lagi benci pun baguih. Ha..lagu tu noo..
Ok, siapa tak kenal syaitan angkat tangan!! Hari ini mari kita mengumpat tentang syaitan. Eh bole ke mengumpat? Agak-agak depa gembira tak kita mengumpat depa ni? Lantakla..
Syaitan ni makhluk yang hodoh(eei seram sejuk plak belakang ni). Ada yang kata bertanduk dan suka bertelanjang..ke depa ade baju jugak? Ce tengok kat sekeliling..hihi..
Why is that people can't see the devil? Sebab, kalau semua orang boleh nampak syaitan, maka jadinya penuhlah surau-surau dan masjid-masjid dengan manusia yang memang penakut tu.
Mana tidaknya, muka syaitan hodoh kot. Menakutkan pulak tu..So bila semua manusia dapat melihat syaitan baru mereka x berani nak buat kemungkaran. Bukan setakat orang islam, bahkan si kapiaq pon xberani nak buat dosa. Haha..
Jadi kepada sesiapa yang rasa nak jalan ekspres hendak meningkatkan taqwa, berdoalah untuk Allah buka hijab supaya dapat melihat syaitan..hihi..
Disebabkan kita tidak dapat melihat si syaitan ini, jadi marilah kita kaji sifat-sifat si syaitan ni.
PENGHASUT:- Ini merupakan kerja utama mereka, mereka akan sedaya upaya untuk menghasut manusia untuk melakukan kejahatan dan kemungkaran.
Example:-
Case 1- Anda hendak solat berjemaah seawal waktu di masjid atau surau.
Maka ini yang syaitan akan lakukan, first sekali beberapa minit sebelum azan berkumandang, syaitan akan menghasut mangsanya melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan.
Jadi sewaktu azan berkumandang, mangsa akan berdepan dengan ujian sama ada ingin meneruskan aktivitinya tadi ataupun berhenti sebentar untuk solat. Waktu ini 2 lawan satu. Nafsu+syaitan vs Iman. So dia akan jadi susah untuk seseorang itu meninggalkan apa yg dikerjakan.
Katakan anda ‘kuat’ imannya, maka syaitan akan menjadikan rakan sekeliling anda pula sebagai senjata mereka. Jika pujuk rayu mereka tidak berjaya, maka kawan2 pula yg akan memujuk rayu.
Contohnya seperti main game, kadang2 kita nak pause kejap sebab nak solat. Tapi member kita akan merayu supaya diteruskan dahulu. Maka timbullah konflik disitu dimana akhirnya kita akur pada permintaan tersebut.
Keduanya kalau melayari internet. Contoh seperti Chatting online. Memang kadang-kadang akan menyebabkan kita lalai. Dok sebok bergosip cerita pelbagai. Bila sampai waktu nak solat, kemungkinan besar akan kita akan bertangguh untuk solat dahulu.
Selain itu, beberapa minit sebelum azan berkumandang juga, syaitan akan cuba untuk menyapu celak di mata mangsanya. Dengan harapan mereka akan menjadi ngantuk dan akhirnya tidur dan terlepas untuk solat di awal waktu.
Jadi tidak hairan jika anda berasa mengantuk beberapa ketika sebelum azan berkumandang. Dan sebenarnya banyak perkara lagi yang syaitan akan lakukan untuk memastikan mangsanya lalai daripada mengingati Allah.
Cara hasutan syaitan akan datang dalam pelbagai cara, terpulang pada cita rasa depa masing-masing. So kita kena bersedia setiap kali hendak tiba waktu solat.
Case 2- Anda hendak melakukan kebaikan
Okey ini dah cukup panjang..nanti bosan plak baca en. Insyaallah akan disambung dalam posting yang sama. Nantikan updatenya oke..(ni mesti kes kena hasut dengan syaitan untuk bertangguh, adeh). Astaghfirullahala’zim..