Wednesday, February 23, 2011

First Blood

BISMILLAH

Dr.Yusuf Qardawi pernah menyatakan bahawa menderma darah merupakan sebesar-besar jalan menghampirkan diri kepada Allah dan semulia-mulia sedekah, kerana ia sama seperti menyelamatkan nyawa seseorang.

Apakah nilai nyawa seseorang? Pernah menonton filem My Name is Khan? Menerusi filem tersebut, ada memetik sepotong ayat dari al-Quran yang bermaksud;

"Sesungguhnya sesia
pa yang membunuh maka seolah-olah dia telah membunuh manusia seluruhnya, dan sesiapa yang menghidupkan seolah-olah dia menghidupkan manusia seluruhnya." (al-Maidah:32)

So sape yang jarang infak atau bersedekah tu, atas alasan xde duit bolelah gerakkan kaki-kaki anda ke hospital ataupun mana-mana tempat sesuai untuk mendermakan darah anda.

Takut jarum?
Mudah, tutup saja mata anda. Takut sakit? Sunat lagi sakit (bagi laki-laki), bersalin lagikan pula (perempuan).

Ada penyakit?
Anda dikecualikan. Tapi kalo setakat sakit perut bole je derma lagi. Sakit hati pun masih boleh menderma ye =). Penyakit-penyakit seperti HIV, AIDS, STD, dan Diabetes dilarang sama sekali untuk menderma ataupun cuba-cuba untuk menderma.

Jenis darah?
"Saya ni darah jenis 'AB', so orang kata jenis 'AB' merupakan penerima universal, lainlah darah 'O' memang penderma universal. So saya x derma la.." XBOLE CAMTU YE!!

Terpulanglah pada anda semua, nak derma atau tidak. Tapi, yang pasti ganjaran Allah itu sentiasa ada..



*Saya perlukan darah orang yang konsisten update blog =P.

WALLAHUA'LAM