Sunday, March 22, 2009

Jaulah lagi..Ipoh mali..

BISMILLAH

Pada 22mac 09 pergi ke Ipoh..kira mcm jaulah juga..Tapi actually lebih mcm pergi kursus takpon seminar..

Perjalanan ke Ipoh ditemani oleh uncle-uncle..salah seorang daripadanya ialah Tuan Syed Ibrahim(timbalan presiden JIM)mmg sempoi..tk klh kalo melawak..tp isinya sentiasa ada..

So program yg dihadiri ini lebih kepada berbentuk ilmiah and FACTS..haho..
Basically it's all about MAFREL..

What is MAFREL? Malaysian For Free and Fair Elections..Badan ini ditubuhkan untuk menjadi pemerhati kepada pilihanraya yang dijalankan..Dianggotai oleh NGO² luar dan juga menjadi badan yang mewakili kepentingan rakyat dalam proses mengundi.

MAFREL bertindak sebagai badan yang akan cuba menutup lubang-lubang rasuah dan penipuan dalam proses mengundi dalam pilihanraya.

Antara kejayaan MAFREL ialah berjaya membuktikan kepada pihak SPR bahawa senarai pengundi berdaftar adalah tidak updated. Hal ini kerana kebanyakan pengundi yg berumur dalam senarai sudah tidak wujud(alam barzakh)..

Selain daripada itu MAFREL juga berusaha keras dalam memastikan alamat pengundi yg berdaftar wujud. Antara pembongkaran yang berjaya dibuat ialah bagaimana sebuah rumah yang begitu kecil didaftarkan untuk 60 lebih pengundi (mmg tk masuk akal)..

Secara tidak langsung MAFREL sedikit sebanyak telah berjaya menghalang lubang-lubang untuk melakukan penipuan seperti pengundi hantu..

Antara masalah yg dihadapi oleh MAFREL adalah kekurangan ahli sukarelawan yg sanggup melakukan kerja² sebegini..

Hmm nampak mcm tk penting je kn MAFREL nih..tp percayalah usaha ini sedikit sebanyak membantu kepada pilihanraya yang lebih adil..

Ya mmg betul..sebagai seorang MUSLIM kita sentiasa perlu ada sikap adil..ADIL?
Meletakkan sesuatu kena pada tempatnya..bagaimana kita?

Cukup adil? Sudahkah kita menunaikan hak sesame sedara kita..Dh ajak ke dorg ikut usrah?Dh ajak ke dorg ikut prog? Dh ajak ke dorg untuk bekerja di jln ALLAH? Haa kalo belum tggu apa lagi..copek²kan laa..

Walaupun nampak remeh..tp insyallah ALLAH akan iktiraf usaha kita dalam mengislahkan masyarakat pada hari ini..Semoga sahabat² akan terus berjuang di atas JALAN ini..

Hmm btw..lepas habis jer kursus mmg tk smpat nk cuci mata kt pekan Ipoh nie..sebab Tuan Syed nk blk awal sebab ade hal..huhu. Tkpela lain kali kot..
Wallua'lam

Bijan:- Oang lain jadi pemerhati pilihanraya, kita ni jd pemerhati kepada pemerhati pilihanraya plak..=D

Saturday, March 21, 2009

Amarah..

BISMILLAH

Ada seorang meminta nasihat kepada baginda Rasulullah S.A.W dengan berkata : "Wahai Rasulullah, aku ingin kurangkan bercakap, kerana selama ini aku tidak mampu menjaga diri dari banyak bercakap." Maka baginda bersabda: "Janganlah engkau marah." Orang itu mengulang lagi permintaannya, dan baginda tetap mengatakan hal yang sama.

Makna "Janganlah engkau marah", ertinya janganlah kamu menuruti perasaan amarah. Dengan kata lain, jika kamu marah, maka kuasailah jiwamu dan kawallah ia dengan takwa. Jangan kamu turuti syaitan AMARAH yang akan membuat dirimu seperti ORANG-ORANG BODOH. Atau janganlah kamu meletakkan dirimu di tempat amarah dan jauhkanlah sebab-sebab amarah menurut kesanggupanmu.

-Dipetik daripada buku Ibadurrahman karya Yusuf Al-Qaradhawiy-

Pakcik Yusuf ni mmg mantap ilmu die..and bile bc buku nih rasenye diri ni mcm dh byk kali diperbodohkan oleh Syaitan..

Kerna sbg Ibadurrahman dunia ini terlalu remeh untuk dijadikan tempat untuk manusia saling bermusuhan dan berdendaman(istilah slh ni)..serta bergolak sesama sendiri sebab dunia disisi ALLAH tidak setanding dengan beratnya satu sayap NYAMUK..

So ape lg sahabat² ayuk kita berlapang dada, pijak Ego, kurung nafsu, murahkan senyuman, n bla bla bla..

Tp igt, Rasulullah hanya marah apabila ISLAM yg dijunjung telah diperkotak-katikkan..dan tentunya Rasulullah akan marah only for the sake of ALLAH..

So, harap lps nih tkmo marah² ek. Org Ganu gak baguih.senyum sokmo=).

Wallahua'lam

Wednesday, March 18, 2009

Tahajud Cinta

BISMILLAH

Alhamdulillah..malam semalam baru jer diberi kesempatan untuk menonton teater SIRAH JUNJUNGAN:- TAHAJUD CINTA di Istana Budaya yg telah diarahkan oleh Eirma Fatima.

TAHAJUD CINTA

Antara artis² yang terlibat

Ni adalah pengalaman pertama pergi menonton teater..hmm mmg best..pentas die besar..sound system gempaq..prop mmg cun..jalan cerita menarik..

Teater ini berkisarkan perjalanan hidup Rasulullah s.a.w sejak sebelum kelahiran baginda dan sehinggalah kepada kewafatan baginda..

Bagaimana Rasulullah mendidik para sahabat kebanyakannya melalui sifat lemah lembut baginda serta tutur kata yang amat sopan..

Rasulullah telah diuji dengan pelbagai dugaan dan rintangan namun semuanya dapat diatasi melalui pertolongan dari ALLAH s.w.t

Pada penghujung teater, keadaan agak sayu tatkala di saat kewafatan baginda..dan kemudian seisi dewan berdiri tegak bagi berselawat berjemaah dgn diketuai oleh UKHT CT NURHALIZA dan AKH SALEH BROTHERS..

Selesai teater..ingatkan nak terus balik, namun telah diberi kesempatan untuk sesi autograf..sesambil tuh adelah curi² amek gambar sekali (lagha²)..hee



Dh mcm sekeluarga plak =P.


Perkenalkan ni abg saye =P.
Sape ni? amek jela gambar..hee=).
Tahniah kepada Kak Eirma Fatima atas sekelumit usahanya dalam menanamkan kecintaan kepada baginda Rasulullah s.a.w. Semoga penonton² yang hadir akan diberikan hidayah dan taufik untuk menjunjung peribadi baginda dan seterusnya mengamalkan dalam kehidupan seharian..


Bijan:- Bilalah nk tgk teater plak lps nih..hee

Tuesday, March 17, 2009

Jaulah ke MELAKA

BISMILLAH

Alhamdulillah, sekarang ni tgh ade kt melaka..tgh berjaulah..
Tp yg peliknya g jaulah sgsorg..sbb ikhwah² laen sume sibuk dan ade hal..

Bermalam di rumah pakcik Haziq..mmg best sebab MAKAN free, MINUM pun free..So smlm dh jejalan kt sekitar Bandaraya MELAKA.

Hari ni tadi g kat ayer keroh..masuk Taman Buaya..Ha yg kelakarnye bile masuk kt RUMAH ape tah yg gelap² tuh..due due penakot..(pecah temberang)..tapi Haziq plg obvious laa..

Nk masuk tempat laen sume kene bayar mahal²(kan bgus kalo bg dhany ader)..hee..

Malam ni insyaALLAH akan ke kolam air panas..ee mcm best jer..
So akan berangkat pulang pd pagi rabu(esok)..

Tahla rase mcm nk jaulah ke kelantan plak lps nih..tp kat KELANTAN ader aper..mcm bosan jer..hee

Hmm lagi satu kitorang dah maen bowling ni dkat 4 frame dah..mmg kompem dh pro lpas nih.hee

Jomla wat tournament murabbi vs mutarabbi..ade BRAN?

oke..nk minum COCONUT shake nih..wallahua'lam=).

Saturday, March 14, 2009

Ade cadangan?

BISMILLAH

Hmm..adik perempuan (tingkatan 2) si penulis begitu liat ingin mendirikan solat, suke melawan ckp ibu bapa, suke akan hiburan(dunia artis), dan seringkali berprasangka buruk, ske makan(ini tkpe kot)..

Soalnye..si penulis sbg seorang abang apekah cara yg berkesan bg mengatasi masalah si adik tadi? Mintak ilham sikit..

Si penulis juga berharap sahabat² akan mendoakan supaya hati adiknya lembut untuk menunaikan segala perintah ALLAH termasuk diri penulis sendiri..

Bukan niat untuk memburukkan adik sendiri, si penulis percaya pada sahabat² yang sama sekali tidak akan menjaja cerita ini kemana-mana dengan harapan sahabat² mampu memberikan sedikit suntikan dan galakan serta cadangan yang bernas..

Wallahua'lam